Pengertian
•
Qisas bermaksud
melakukan tindakan sama yang berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang
seperti yang dilakukannya terhadap orang lain
•
Tindakan ini merangkumi
perbuatan yang melibatkan pembunuhan atau kecederaan pada fizikal seseorang
Syarat-syarat
qisas
Terdapat 4 syarat :
- Individu yang dihukum qisas
mestilah orang yang tertakluk dengan hukum syarak (mukallaf) iaitu
baligh dan berakal.
- Ini bermaksud qisas tidak boleh dijalankan terhadap kanak- kanak
dan orang gila, walaupun mereka melakukan jenayah yang boleh dikenakan
qisas.
- Ini adalah kerana baligh dan berakal adalah asas dalam menentukan
tanggungjawab
Rasulullah saw
berfirman :
رُفِعَ القَلَمُ
عَن ثَلَاثَةٍ عَن ثَلاَثَةٍ عَن النَّائِمِ حَتَّى يَستَيقِظَ وَعَن الصَّبِيِّ
حَتَّى يَحتَلِمُ وَعَن المَجنُونِ حَتَّى يَعقِلَ
“Pena telah diangkat daripada tiga jenis orang, orang yang tidur
sehingga dia bangun, kanak- kanak sehingga dia berakal dan orang gila sehingga
dia berakal atau sedar”
4.
Orang gila dan
kanak-kanak yang melakukan jenayah tersebut seperti pembunuh dalam pembunuhan
tanpa niat.
Sebagai contoh :
•
Ketika jenayah tersebut
dilakukan, mereka masih kanak-kanak atau gila. Ini bermakna orang yang membunuh
ketika kanak-kanak tidak akan dihukum setelah baligh
•
Begitu juga orang gila
yang membunuh tidak akan dihukum setelah dia sedar. Walau bagaimanapun,bagi
jenayah yang dilakukan oleh orang yang berakal dan kemudian menjadi gila, dia
akan tetap dikenakan qisas walaupun pada ketika dihukum dia disahkan gila
•
Bagi orang yang
membunuh ketika mabuk pula, dia akan tetap dikenakan qisas sekiranya dia mabuk
kerana sengaja melanggar larangan minum bahan memabukkan
•
Pesalah mestilah bukan
nenek mangsa iaitu bukan bapa,ibu,datuk ,nenek dan sebagainya kerana mereka
tidak akan dikenakan hukuman qisas.
•
Rasulullah saw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas anak kerana
membunuh bapa tetapi tidak menghukum bunuh bapa kerana membunuh anak.
•
Daripada Abdullah bin
Abbas ra katanya : “Saya dengar Rasulullah saw bersabda :
لاَتُقَامُ
الحُدُودُ فِي المَسَاجِدِ وَلَا يُقتَلُ الوَالِدُ بِالوَلَدِ
“Janganlah hudud
dijalankan di dalam masjid dan janganlah seorang bapa dibunuh kerana membunuh
anaknya”
•
Daripada umar ra
katanya: “saya dengar nabi saw bersabda :
لاَ يُقَادُ
بِالوَلَدِ الوَالِدُ
“Janganlah
seorang bapa dihukum bunuh kerana membunuh anaknya”
•
Walaupun ketiga-tiga hadis ini lemah(daif) dari segi
sanad,namun masing-masing menyokong antara satu sama lain menjadikannya kuat .
•
Hadis-hadis ini
disokong oleh hadis Al-Baihaqi (8/38) denagn sanad hasan daripada Amru bin
Syuaib
•
Asy-Syafi’e pernah
berkata: “Saya belajar daripada beberapa orang ilmuan yang saya temui bahawa
seorang bapa tidak akan dibunuh kerana membunuh anaknya dan inilah pendapat
saya”
•
Mangsa yang dibunuh
mestilah seorang yang dijamin nyawanya samada sebagai seorang islam atau orang
kafir yang tertakluk dengan perjanjian (zimmah) atau jaminan keselamatan negara
islam
•
Bagi kafir harbi, nyawa
mereka tidak dijamin. Demikian juga dengan orang yang murtad kerana darahnya
halal ditumpahkan
•
Rasulullah saw bersabda
:
• مَن بَدَّلَ دِينَهُ فَاقتُلُوهُ
”sesiapa yang
menukar agamanya maka hendaklah kamu dibunuh”
·
Hukum ini juga termasuk
dalam firman allah swt yang umum
وَقَتِلُوا
المُشرِكِينَ كَآفَةً كَمَايُقَتِلُونَكُم كَآفَّةً
“Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya”
(At-Taubah:36)
•
Kafir harbi dan murtad
termasuk dalam maksud ayat ini.
•
Pembunuh dan mangsa
mestilah mempunyai taraf yang sama.Taraf mangsa tidak boleh lebih rendah
daripada pembunuh kerana kekufuran atau perhambaan
•
Ini bermakna seorang muslim
tidak akan dihukum bunuh apabila membunuh orang kafir,samada orang kafir itu
kafir zimmi(orang kafir yang membuat perjanjian(mu’ahid), kafir harbi atau
orang kafir yang belum pernah menerima seruan islam
•
Begitu juga orang
merdeka tidak akan dihukum bunuh kerana membunuh seorang hamba .
•
Ini berdasarkan hadis
daripada Ali ra bahawa Rasulullah saw melarang seorang muslim dibunuh kerana
membunuh orang kafir
لاَيُقتَلُ
حُرٍّبِعَبدَ
“Orang merdeka
tidak dibunuh kerana membunuh seorang hamba”
•
Firman allah swt:
يَأَ يُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيكُمُ القِصَاصُ فِى القَتلَى الحُرُّ بِالحُرِّ
وَالعَبدُ بِالعَبدِ
“Wahai orang yang
beriman!diwajibkan kamu menjalankan hukuman “qisas”(balasan yang seimbang)
dalam perkara orang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka dan
hamba dengan hamba”~al-baqarah :178~
Syarat-syarat
qisas bagi jenayah terhadap anggota
•
Anggota yang ingin
dipotong mestilah sama
•
Contohnya :
•
Tangan kanan mestilah
dengan tangan kanan
•
Tangan kiri mestilah
dengan tangan kiri
•
Jari kelingking
mestilah dengan jari kelingking contoh:
•
Tidak dibenarkan tangan
kiri dengan tangan kanan
•
Tidak dibenarkan
memotong ibu jari dengan jari kelingking
•
Tidak dibenarkan
mencabut kuku jari yang lain daripada yang sepatutnya
•
Ini adalah kerana
perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud qisas iaitu segala-galanya
dilaksanakan dengan tepat
•
Tidak boleh melibatkan
anggota yang lumpuh dengan anggota yang normal.contohnya, tidak dibenarkan
memotong tangan yang normal sebagai sebagai balasan kepada tangan yang lumpuh
walaupun pesalah bersetuju
•
Walau
bagaimanapun,dibenarkan memotong tangan yang lumpuh sebagai balasan kepada
tangan yang lebih rendah tahap lumpuhnya
•
Anggota yang ingin
dipotong mestilah boleh dipotong pada sendinya seperti siku dan pergelangan
tangan atau had yang boleh ditetapkan seperti telinga
•
Sekiranya kadar
kecederaan tidak boleh dipastikan seperti bengkak , luka atau potongan tetapi
bukan pada sendi atau had yang boleh dikenal pasti,hukuman qisas tidak boleh
dijalankan
• Daripada Nimran
bin Jariyah daripada bapanya bahawa seorang lelaki telah menetak seorang lelaki
pada lengan bawahnya dengan pedang sehingga putus tetapi bukan pada
sendinya.lalu mangsa membuat aduan pada rasulullah saw dan baginda
memerintahkan pesalah membayar diyat.mangsa berkata : “saya mahu menuntut
qisas” baginda bersabda : “ambillah diyat semoga engkau diberkati allah swt
dengannya”
v Qisas bagi
jenayah yang membabitkan nyawa dan anggota hanya dibenarkan bagi jenayah yang
dilakukan dengan niat.bagi jenayah tanpa niat atau hampir dilakukan dengan
sengaja ,tiada hukuman qisas dibenarkan sebaliknya pesalah dikenakan membayar
diyat
v Sekiranya satu
kumpulan turut serta memotong anggota badan seseorang,anggota mereka semua akan dipotong.hukuman ini sama
seperti hukuman bagi satu kumpulan yang membunuh seorang
Kaedah
pelaksanaan qisas
•
Qisas mestilah
dilaksanakan dengan penuh kesaksamaan dengan jenayah yang telah dilakukan dari
segi teknikal dan kandungan
•
Jenayah memotong
anggota akan dibalas dengan memotong anggota yang sama dan pada tempat yang
sama.sekiranya persamaan ini tidak dapat disempurnakan,hukuman qisas akan
digugurkan
•
Apabila lengan atas
ditetak sehingga tulangnya pecah dan putus,pesalah akan dipotong pada sikunya
kerana sendi siku adalah yang terdekat dengan tempat jenayah,selebihnya pesalah
dikenakan membayar hukumah
•
Persamaan dari segi
teknikal pula adalah hak yang diberikan pada keluarga mangsa.mereka bolah
menuntut hak ini jika menghendakinya
•
Maksudnya ialah
,pesalah akan dihukum bunuh dengan alat dan cara yang sama yang digunakan untuk
membunuh mangsa
•
Sekiranya pesalah
membunuh dengan pedang,persamaan dari segi teknikal ialah dia akan dihukum
bunuh dengan pedang. Demikian juga jika pembunuh dilakukan dengan
tembakan,membakar atau mencekik
•
Keluarga mangsa berhak
menuntut supaya pesalah dihukum dengan cara yang sama dan pemerintah perlu
memenuhi permintaaan tersebut
•
Bagipembunuh yang
menggunakan alat atau cara yang tidak dibenarkan seperti sihir atau apa sahaja
cara yang diharamkan,hukuman bunuh hanya dijalankan menggunakan pedang
Pelaksanaan
hukuman qisas
•
Pelaksanaan qisas
mestilah mendapat kebenaran dari pemerintah.sekiranya keluarga mangsa
menjalankan qisas tanpa mendapat kebenaran pemerintah,mereka dianggap berdosa
dan pemerintah boleh menghukum mereka dengan hukuman yang sesuai(ta’zir)
seperti sebatan atau penjara
•
Walau
bagaimanapun,pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka
•
Sekiranya tempat yang
berlaku jenayah itu tidak mempunyai pemerintah,keluarga mangsa berhak
menjalankan qisas dengan syarat tidak menimbulkan huru-hara
•
Hukuman qisas yang
dibenarkan dijalankan oleh keluarga mangsa ialah apabila melibatkan nyawa.bagi jenayah yang melibatkan kecederaan
pada anggota,menurut pendapatyang sahih,hukuman boleh dijalankan oleh
pemerintah atau wakil yang dilantik
•
,Hukuman secara terus
dari keluarga mangsa tidak dapat dipstikan benar-benar adil ketika ia
dijalankan ke atas pesalah
•
,Mereka tidak berkemahiran
tentang kaedah pemotongan untuk melakukan yang sama.berbeza dengan hukuman
bunuh kerana masalah ini tidak timbul
Tuntutan
bertindih keluarga mangsa
• Sekiranya mangsa
mempunyai ramai ahli keluarga dan masing-masing menuntut untuk melaksanakan
sendiri hukuman tersebut,mereka perlu melantik salah seorang di antara mereka
wakil
• Sekiranya tiada
keputusan dicapai,mereka perlu mengundi dan orang yang terpilih akan
melaksanakan hukuman tersebut
• Sekiranya salah
seorang daripada wali mangsa tidak hadir,hukuman perlu ditangguhkan sehingga
dia hadir
• Sekiranya pesalah
adalah seorang wanita yang hamil, hukuman perlu ditangguhkan sehingga wanita
ini melahirkan anaknya dan menyusukan sehinnga anak ini tidak memerlukannya
lagi
• Demikian juga
jika terdapat waris mangsa yang masih kecil,hukuman perlu ditangguhkan sehingga
anak ini baligh.begitulah juga jika terdapat waris yang gila,hukuman perlu
ditangguhkan sehingga orang ini sedar
• Dengan
ini,pembunuh akan dipenjara sehingga kanak-kanak tadi baligh dan orang gila
tadi sedar.
No comments:
Post a Comment