PENGERTIAN TALAQ
Sebagaimana yang kita ketahuai,talaq dari
segi bahasa memberi maksud melepaskan
atau merungkaikan manakala dari segi istilah pula membawa makna Merungkai
ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau membawa maksud unsur-unsur
pencerian. Allah berfirman dalam Al-quraan mengenai talaq dalam surah
al-baqarah:ayat 229 :
229. talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.
sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara
Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan
tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu
berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya
(suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu
kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan
hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang
diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami
akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu
melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka
itulah orang-orang Yang zalim.
BILANGAN TALAQ
Sebagaiman yang kita
ketahuai, Bagi suami yang merdeka (bukan hamba) berhak menggugurkan talaq
terhadap isterinya dari talaq satu hingga tiga. Pada talaq satu
atau dua, suami boleh dirujuk kembali sebelum habis iddahnya, jika telah habis
iddahnya, suami masih boleh berkahwin semula dengan akad yang baru.
Kenyataan ini diambil daripada surah al-baqarah :ayat 230 :
230. sesudah
(diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali Yang ketiga) maka
perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin
Dengan suami Yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu
dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya)
tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka
akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum
Allah, diterangkanNya kepada kaum Yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
Dari itu
terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas
isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai
idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan
isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian
diceraikan tanpa disetubuhi.
Jenis-jenis talaq
Talaq sorih ialah
Talak yang digunakan dengan lafaz yang
jelas & lafaz itu tidak boleh ditafsirkan dengan makna yang lain.Lafaznya talaq
sorih ada antaranya talak atau cerai, bebas atau lepas, pisah.Apabila sisuami
melafazkan Talak hukumnya tetap jatuh sama ada si suami niat ataupun tidak.
Manakala talaq kinayah pula ialah Semua lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak.Lafaz kinayah ada
banyak antaranya ialah Kamu berpisah dengan aku, pergilah ke mana yang kamu
suka, aku bebaskan kamu, kamu haram ke atasku.Talak tidak jatuh melainkan suami berniat
menjatuhkan talak. Selain itu,talaq sunni juga termasuk
didalam jenis-jenis talaq.Talaq sunni dikatakan apabila siisteri Diceraikan dalam keadaan suci daripada
haid atau nifas atau suaminya tidak bersetubuh. Talaq
bi’die pula berlaku apabila si isteri telah disetubuhi oleh suaminya atau diceraikan
dalam keadaan haid atau nifas, atau dalam keadaan suci tapi sudah disetubuhi.
Hukum-hukum talaq
Talak sunni adalah harus, talak dalam
bentuk ini adalah jatuh. Talaq ini adalah talaq sunnat sekiranya dalam keadaan
harus berpisah. Talak bid’ie adalh haram, walau
bagaimanapun talak tetap jatuh dan suami dikira berdosa. Talaq ini dikara haram
kerana mendatangkan mudharat kepada
wanita dan tempoh edahnya menjadi semakin panjang.
Hikmah talaq
Antara hikmah
talaq ialah memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk
berpisah bagi memulakan kehidupan baru.Selain itu,Dapat menyedarkan suami &
isteri tentang kepentingan menghayati ajaran islam.Memberi pengalaman dan
pengajaran pahit kepada suami dan isteri serta insaf dan sedar akan kelemahan
masing-masing.
Syarat Talaq
Seperti kita
ketahuai, talaq akan terjatuh sekiranya ada syaratnya iaitu mestilah ada
suami,isteri dan lafaz. Sekiranya tidak lengkap antara syarat berikut maka
tidak sah lah talaq itu. Suami mestilah baligh, selain itu mestilah dalam
keadaan rela hati dan tidak lah pula dipaksa dan di ugut. Si suami juga
mestilah tidak berada dalam keadaan mabuk,pitam atau pengsan.
No comments:
Post a Comment