HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Islam itu
adalah agama yang indah,bahkan di dalam setiap perkahwinan islam itu ada
menetapkan hukum-hakamnya bagi menjaga kemaslahatan manusia segajat.Di dalam
hukum perkahwinan islam telah menerangkan dengan begitu jelas sekali
sebab-sebab terjadinya keadaan hukum-hukum sedemikian yang mana kesahihannya
tidak perlu dipertikaikan lagi.malahan jika dilihat secara praktikalnya hokum yang telah digariskan oleh islam untuk
diikut adalah garis panduan yang paling terbaik. Hukum perkahwinan islam dapat
dibahagikan kepada lima keadaan mengikut mazhad-mazhad imam iaitu keadaan
wajib,sunat, harus,makruh dan haram.
Pada asalnya hukum perkahwinan
jatuh kepada hukum harus. Namun begitu disebabkan oleh beberapa faktor, hukum
tersebut jatuh kepada beberapa keadaan hukum iaitu wajib,sunat,makruh dan
haram. Terjadinya keadaan hukum tersebut apabila :
- Hukum wajib : wajib
ke atas seorang mukmin yang memiliki kemampuan dalam memberi nafkah dan bersenggama dan
bimbang dikhuatiri dirinya akan
terjerumus ke dalam perbuatan zina. Namun begitu,umum
para fuqaha’ menetapkan nikah
menjadi wajib ke atas seseorang lelaki yang yakin akan berlaku zina andai
tidak berkahwin selain yakin yang dia mampu memberikan
nafkah perkahwinan yang terdiri dari mahar,nafkah isteri dan dapat memenuhi hak dan tanggungjawab sara
dalam perkahwinan dan tidak mampu mengelak daripada perbuatan keji dengan
hanya berpuasa.
- Hukum sunat : Syara’ telah menyarankan supaya seseorang itu berada dalam keadaan sunat nikah apabila dia berada dalam keadaan seorang yang berkemampuan dan berkelayakan, mampu mengawal diri dari terlibat dengan perbuatan keji sekalipun tidak berkahwin dan berkemampuan menjalankan tanggungjawab rumahtangga. Hukum sunat juga jatuh kepada kepada perempuan yang berhajat untuk berkahwin sama ada berkeinginan sendiri atau keperluan nafkah hidup atau juga kerana takut dengan ancaman.
§ Hukum harus : nikah menjadi harus apabila
seseorang itu tidak mempunyai sebarang halangan syara’ dan sempurna dari segi
syarat
dan keperluan .
§ Hukum makruh : jatuh hukum makruh nikah ke atas seseorang itu jika berada dalam keadaan dimana
seseorang itu merasakan takut berlakunya perkara-perkara yang dikira
zalim,jahat yang boleh
memudharatkan bakal isterinya,
tetapi tidaklah pula dalam perasaan yakin atau pasti berlaku,walaupun mereka
itu terdiri daripada orang yang kurang kemampuan nafkah. Hukum makruh juga
berlaku apabila seseorang itu menghidap penyakit yang berpanjangan ataupun usia
yang terlalu tua sehingga tidak mampu memberi nafkah kepada isteri disamping
hilangnya keinginan kelamin.
- Hukum haram : keadaan hukum ini diharamkan oleh syara’ untuk berkahwin ke atas
seseorang lelaki yang yakin akan berlaku zalim ke atas wanita. Dan dia
juga berfikir akan melakukan sesuatu yang boleh memudharatkan wanita yang
akan dikahwininya. Selain itu haram bagi mereka lemah dari memenuhi hak tanggungjawab
dalam perkahwinan.dan sekaligus,dia tidak mampu untuk berlaku adil dalam
perkahwinan sekiranya berpoligami.
Firman
Allah swt :
وَلْيَسْتَعْفِفِ اْلَّذِيْنَ
لاَيُجِدُنَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ
Maksudnya :
“Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah
mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan mereka dari limpah
kurnia-Nya”.
WANITA-WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
DALAM ISLAM
Di dalam islam terdapat juga beberapa
wanita-wanita yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki berdasarkan
sebab-sebab tertentu. Wanita-wanita yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki
boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perempuan yang haram dikahwini untuk
selamanya dan perempuan yang haram dikahwini untuk sementara.
Wanita yang
haram dikahwini dalam islam dapat dibahagikan kepada empat sebab iaitu dengan
sebab keluarga (نَسَبْ ),dengan
sebab penyusuan (رَضَاعْ),dengan
sebab berambilan-ambilan atau semenda (مُصَاهَرَه) dan dengan sebab suami atau isteri atau
kedua-duanya bersumpah menguatkan tuduhannya (لِعَانْ).
Dengan sebab keluarga (نَسَبْ )
mereka ini terdiri
daripada
ibu, anak perempuan,saudara perempuan,anak perempuan dari saudara perempuan,ibu
saudara sebelah ibu, dan ibu saudara sebelah bapa.
Dengan sebab penyusuan ( رَضَاعْ
)
Kanak-kanak yang
disusukan perempuan yang lain daripada ibunya,haram baginya berkahwin dengan
ibu susuan (saudara susuan) dengan syarat-syarat dibawah:
v Kanak-kanak yang disusukan itu belum sampai umurnya
dua tahun mengikut hitungan tahun hijrah pada permulaan penyusuan pada kali
yang kelima.
v Susu yang dihisap oleh kanak-kanak itu mestilah
mengalir kedalam perutnya dan mengenyangkan kanak-kanak tersebut.
v Hendaklah kanak-kanak yang disusukan itu menyusu
kepada ibu susuannya tidak kurang lima
kali menyusu dengan yakin.
Begitu juga apabila
kanak-kanak yang telah menyusu kepada ibu susuannya dengan beberapa syarat yang
cukup,maka haramlah baginya berkahwin dengan perempuan-perempuan seperti
dibawah:
v Ibu susuan,iaitu perempuan yang menyusukan kanak-kanak
itu.
v Anak perempuan susuan,iaitu anak yang menyusu kepada
isteri kita.
v Nenek susuan,iaitu ibu kepada ibu susuan hingga ke
atas.
v Cucu perempuan susuan hingga kebawah.
v Saudara perempuan susuan,iaitu anak bagi ibu susuan .
v Saudar perempun bagi bapa susuan ,iaitu adik-beradik
bagi bapa susuan.
v Anak perempuan bagi saudara susuan hingga kebawah.
v Perempaun yang menyusukan isteri kita,iaitu ibu mertua
susuan.
Dengan sebab berambilan-ambilan atau semenda (مُصَاهَرَه )
Mereka itu adalah Ibu mertua iaitu ibu
bagi isteri kita,Ibu bagi ibu isteri,
iaitu nenek isteri hinga keatas,menantu,iaitu isteri anak kita termasuk
juga isteri cucu kita hingga kebawah.Anak tiri,iaitu anak isteri hasil dari
suaminya yang terdahulu,dengan syarat isteri kita itu telah kita
setubuhi,temasuk juga cucu tiri hingga ke bawah.Ibu tiri, iaitu isteri bapa
kita termasuk juga isteri datuk kita.
Dengan sebab suami atau isteri atau kedua-duanya bersumpah menguatkan
tuduhannya (لِعَانْ).
PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI UNTUK
SEMENTARA WAKTU
Perempuan yang haram dikahwini
untuk sementara waktu adalah disebabkan oleh beberapa sebab iaitu dengan sebab
perkahwinan,dengan sebab berlainan agama,dengan sebab isteri orang, dengan
sebab masih dalam iddah dan dengan sebab perempuan tersebut berada dalam
keadaan talak tiga.
q Dengan
sebab perkahwinan
Iaitu
saudara-saudara perempuan isteri,iaitu adik-beradik isteri kita,sama ada
adik-beradik seibu sebapa atau sebapa seibu.
Saudara
perempuan bapa mertua,iaitu saudara perempuan bagi bapa isteri kita,sama ada
saudara seibu sebapa,atau sebapa seibu dan saudara perempuan ibu mertua,iaitu
saudara perempuan bagi ibu isteri kita,sama ada sudara seibu sebapa,atau sebapa
seibu.
q Dengan
sebab berlainan agama.
Ini
kerana seseorang lelaki yang beragama islam haram menikahi perempuan yang bukan beragama islam,kecuali
perempuan itu ahli kitab iaitu kafir kitabi(yahudi dan nasrani).
q Dengan
sebab isteri orang
Haram dinikahi perempuan yang sedang bersuami dan
masih jadi isteri orang.
q Dengan sebab masih dalam iddah
Seseorang perempuan yang telah
bercerai dengan suaminya sama ada bercerai hidup atau bercerai mati ataupun
fasakh,maka haramlah dinikahi oleh lelaki yang lain selama mana perempuan
tersebut belum habis iddah (masih dalam iddah).
q Dengan
sebab perempuan tersebut berada dalam keadaan talak tiga.
Ini kerana seseorang perempuan
yang telah ditalaki oleh suaminya dengan “talak tiga” maka haramlah bagi
suaminya untuk berkahwin semula dengannya sebelum dilakukan “مُحَلِّلٌ” (cina buta).
HUKUM
KHITBAH (MEMINANG)
Hukum meminang atau khitbah adalah sunat muakkad. Namun begitu terdapat beberapa
keadaan bagi seseorang lelaki untuk meminang
seseorang wanita. Keadaan-keadaan tersebut adalah :
Ø Wanita yang boleh di pinang :
a) bukan termasuk muhrim.
b) bukan perempuan yang sedang dalam keadaan iddah disebabkan talaq atau kematian suami.
c) bukan wanita yang telah
dipinang.
Ø Meminang wanita dalam masa
iddah :
Seorang wanita dalam keadaan iddah talak raj’I tidak boleh
meminang.Manakala,wanitayang berada dalam iddah talaq ba’in atau kematian
suami,dibolehkan meminang mereka secara sindiran atau tidak mengucapkannnya
scara jelas atau langsung.
KESAN HUKUM-HUKUM
PERKAHWINAN ISLAM DALAM
AMALAN MASYARAKAT
Fitrah untuk hidup secara
berpasangan merupakan satu lumrah
kehidupan manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan
hukum peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat islam. Perkahwinan bahagia
berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah
kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak
akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan
negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat sekitar.
Sebagai Nizamul Hayah
(peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang merangkumi
pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan hukum-hukum dan
peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma kepada masyarakat
untuk diikuti. Hukum-hukum tersebut ini tidak hanya tersyariat dan berbentuk
sebagai undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan
menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang
dipupuk menerusi pendidikan.
Kesempurnaan hukum-hukum yang mengawal perjalanan keluarga sedari awal
tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Akan tetapi mesti
disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak
Islamiyyah.Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu
sentiasa mengingati Allah S.WT dan takut
kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan apatah lagi apabila menyentuh soal
perkahwinan yang sememangnya perlu dipatuhi bagi mengelakkan kepincangan dalam
masyarakat kelak. Seperti mana wujudnya hukum sesuatu perkahwinan dimana ia
boleh jatuh kepada keadaan-keadaan tertentu seperti wajib,sunat ,harus,makruh
dan haram. Oleh yang demikian,hukum perkahwinan yang ditetapkan islam bukan
hanya berperanan untuk menjaga kesucian sesebuah institusi perkahwinan itu
sahaja malahan sebagai panduan dan tunjuk ajar bagi seseorang lelaki dan
perempuan dalam membina alam rumahtangga yang harmonis dan sejahtera.
Kesan hukum perkahwinan kepada amalan masyarakat juga tidak hanya terhad
kepada pembinaan keluarga sahaja tetapi juga kepada sahsiah diri yang dimiliki
oleh seseorang individu itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan bersosial. Sebagai contohnya,apabila
ditimbulkan soal keharusan berpoligami yang seringkali meninbulkan masalah paling kontroversi
dalam urusan perkahwinan umat
Islam hari ini. Sungguhpun dari segi perundangan dan hukum
perkahwina itu sendiri, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa
mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini
termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan
seseorang itu bertaqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga
dirinya dari melakukan yang haram.
Dengan sebab itu, jika sesuatu yang
harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang
bertaqwa akan meninggalkan yang harus itu untuk menjaga dirinya dari melakukan
yang haram.
Dalam masalah poligami pula,
seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu
menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke
atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan,
tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan
tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit
masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk
mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.
Begitulah indahnya
peraturan-peraturan atau hukum-hukum yang
islam telah diaturkan oleh islam
lebih-lebih lagi melibatkan urusan perkahwinan agar setiap umat manusia
memperolehi manfaat daripadanya.
nice entry,i understand at all..
ReplyDeleteMaaf saya hendak bertanya.. apakah hukumnya jika saya seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yg berpangkat makcik saya..
ReplyDeleteMaksudnya datuk saya (lelaki)
Bapa saya (lelaki)
Saya (bakal pengantin lelaki)
Ingin berkahwin dgn:
Abang kepada datuk saya (lelaki)
Pasangan saya (bakal pengantin perempuan)
Bolehkah saya bernikah dengan pasangan saya?