JUAL BELI
_______________________
_______________________
1.1 PENGERTIAN
Bahasa : Pertukaran sesuatu dengan
sesuatu yang lain.
Syarak : Akad dalam menukarkan sesuatu harta dengan harta yang lain bagi
tujuan pemilikan.

1.2 HUKUM
Hukum asal jual beli adalah harus. Ini
bertujuan bagi menyempurnakan hajat
manusia yang memerlukan sesuatu sebagai pemilikan. Syariat ini termaktub
dalam al-Quran dan hadis. Malah, telah diakui oleh ijmak ulama.

1.3 DALIL
1.3.1 Firman
Allah s.w.t :
" ....... وأحل الله البيع وحرم الربا ....."
Maksudnya : “ … Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba….”
( Al-Baqarah : 275 )

1.3.2 Firman Allah s.w.t :
".. لا تأكلوا أمولكم بينكم بالبطل إلا أن تكون تجرة عن تراض منكم"..
Maksudnya : “ .. janganlah kamu makan harta yang ada di kalangan kamu
secara batil, melainkan dengan cara perniagaan secara reda
antara kamu.” .( Al-Nisa’ : 29 )

1.3.3 Dalil Hadis
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya mengenai pekerjaan apa yang paling suci, lalu jawab baginda :
" سئل النبي صلى الله عليه وسلم : اي الكسب اطيب ؟ فقال : عمل الرجل بيده، وكل بيع مبرور، اى لا غش فيه ولا خيانة ".

Maksudnya : “ Pekerjaan tangan seseorang
dari setiap jual beliyang baik-baik
iaitu jual beli yang tidak sambil (menipu barang dagangan) lagi pula
tidak khianat .”

1.3.4 Ijmak Ulama :
Seluruh ulama bersepakat bahawa jual beli adalah harus untuk keperluan dan kepentingan dalam kehidupan. Imam al-Syafie berkata, “Asal bagi semua jual beli adalah harus jika kedua-dua orang yang berjual beli itu reda dengan barang yang dijual beli itu, kecualilah jenis jual beli yang dilarang Rasulullah s.a.w.”
( Al-Syafie : 1981 )

1.4 RUKUN JUAL BELI
1.4.1 Penjual dan Pembeli
- seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan
dengan baik;
- dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang;
- penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan;
- beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, hadis dan kitab
yang mengandungi ayat al-Quran di dalamnya;
- pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika
barangan yang dibeli adalah peralatan senjata.
1.4.2 Barang jualan
- hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli dilakukan
kecuali dalm jual beli al-Salam dan al-Istishna’;
- bersih dan suci;
- berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam;
- kepunyaan penjual atau wakilnya;
- diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.
1.4.3 Harga
- bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;
- bayaran jelas jumlahnya;
- bayaran adalah milik pembeli;
- bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum ( sah
jual beli dengan cek atau kad kredit ).
- jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli.
1.4.4 Ijab dan Qabul
- Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah telah
diterima (qabul);
- ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang
lama antara kedua-duanya;
- ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain
yang tidak berkaitan dengan akad;
- wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
- akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan
dengan akad;
- akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.
1.5 BENTUK – BENTUK JUAL BELI
1.5.1 Jual beli yang dibenarkan :
- Bay’ al-Tauliah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
- Bay’ al-Isyraq : menjual sebahagian barangan yang dibeli dan telah
dengan sebahagian harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
- Bay’ al-Murabahah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli dengan tambahan keuntungan pada
kadar yang tertentu;
- Bay’ al-Wadhi’ah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli dengan diturunkan sedikit harga;
- Al-Sarf / Tukaran matawang : jual beli dua barangan yang kedua-
duanya dalam bentuk matawang;
- Bay’ al-Salam : jual beli barangan secara tempahan tetapi perlu bayaran
pendahuluan dan ada tempoh penyerahannya;
- Bay’ al-Istishna’ : jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan
mendahulukan dengan bayaran dan tempoh penyerahannya boleh
ditentukan dan boleh tidak ditentukan;
- Bay’ al-Wafa’ : kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak
boleh dipindahkan kepada pembeli seperti tanah dan rumah.

1.5.2 Jual beli yang haram dan tidak sah
:
- Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau
keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah;
- Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli
sesuatu barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan;
- Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual
buah- buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk
didalam serta dibawahnya;
- Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu.
Contohnya, kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga
RM10,000 secara tunai dan dengan harga RM2,000 secara ansuran
selama setahun;

- Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100
dengan Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang
dengan kita RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang
kita sebanyak RM100 itu kepada Ahmad;
- Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita
menjual suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan
itu kepada kita oleh pemiliknya;
- Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh
diserahkan kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau
ikan di lautan.
- Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buah-
buahan putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih dalam
kandungan;
- Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata “ aku jual
keretaku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”
1.5.3 Jual beli yang haram tetapi sah :
-
Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang
lain;
- Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan
menyekat orang lain membeli atau supaya orang lain tidak menjualnya;
- Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa), iaitu
membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, samada
mereka dari desa ataupun dari bandar;

Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan), iaitu
menyekat penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran di
tengah jalan untuk membeli dengan harga yang murah;
- Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain terikut –
ikut membelinya hingga mereka mambayar dengan harga yang lebih
tinggi;
- Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat. Contohnya,
membeli ayam tetapi digunakan untuk memuja keramat;
- Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka yang
diwajibkan solat Jumaat). Ia bermula daripada imam menaiki mimbar
hinggalah selesai menunaikan solat;
- Mengurangkan sukatan dan timbangan.

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya ada kemusykilan. Contoh bagi Hutang jual dengan hutang itu betulkah?
ReplyDeletealhamdulillah..ilmu y brmanfaat
ReplyDeletesyukran ya akhi...
ReplyDeleteSyukran info yg baik
ReplyDelete