11. Hudud


PENGENALAN HUDUD

Dalam tugasan ini membincangkan dengan lebih dalam lagi mengenai kesalahan jenayah yang terkandung di dalam hudud.

Hudud merupakan himpunan perkataan “ حد “ yang membawa maksud menahan atau mencegah . ia menjelaskan bahawa hukuman hudud ini dapay menahan daripada berlakunya pencerobohan.

Menurut istilah syarak , hudud adalah hukuman-hukuman yang telah ditemtukan terlebih dahulu oleh syarak( Allah ) melalui nas-nas daripada al-quran dan hadis nabi keraqna kesalahan yang melibatkan hak Allah. Apa yang dimaksudkan dengan kesalahan Allah ialah yang berkaitan dengan kepentingan  masyarakat umum yang dapat merosakkan ketenteraman orang ramai dan hukuman-hukumanya pula membawa manfaat kepada mereka. Kesalahan hudud yang dianggap menceroboh hak Allah atau kepentingan orang ramai itu ialah mencuri, hirabah,zina,qazaf,minuman khamr dan riddah (murtad).


1.0)  HUKUMAN BAGI JENAYAH ZINA

Al-Quran telah menetapkan hukuman sebat, hukuman pengasingan dan hukuman rejam bagi hukuman untuk tindak jenayah perzinaa. Walaupun demikian, jika pelaku perzinaan itu adalah seorang yang belum berkahwin (ghairu mukhsan), maka hukumannya adalah berbeza dengan hukuman bagi penzina yang telah berkahwin iaitu sebat sebanyak seratus kali dan diasingkan daerah selama setahun.
Firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 2 :
الزَانِيَةُ وَالزانِى فَاجْلِدُوا كُل وَاحِدٍ مِنْهَا مِائَةَ جِلْدَة . . . . . .
Maksudnya: perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap     orang dari keduanya seratus kali dera. . .

      Sabda Rasulullah S.A.W :
عن عبادة بن الصامت رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  خذوا  عنى خذوا عنى قد جعل الله لهن سبيلا البكر بالبكر جلد مائة ونفى سنة والثيب بالثيب جلد مائة والرجم.
Maksudnya:  Dari Ubadah Ibn Al-Samit r.a telah berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda; Ambillah dariku, ambillah dariku, sesungguhnya Allah telah memberi jalan keluar bagi mereka. Orang yang belum kahwin dengan orang yang belim kahwin (jika berzina) didera seratus kali dan dibuang selama setahun, janda dengan janda (duda) disebat seratus kali dan direjam.
(H.R. MUSLIM)
     
      Namun demikian, terdapat banyak perbezaan pendapat ulama fiqh mengenai penerapan hukuman pengasingan selama setahun dan sebat seratus kali sebagaimana yang terdapat dalam hadis di atas.


Perbezaan pendapat ulama fiqh :

1)    Jumhur Ulama telah sepakat menyatakan bahawa disamping hukuman sebat seratus kali, pelaku zina yang belum berkahwin dikenakan hukuman pengasingan selama setahun, sesuai dengan kandungan hadis Ubadah di atas. Menurut mereka, hukuman ini telag diterapkan oleh al-khulafa al-rasyidun di zaman mereka tanpa bantahan.

2)    Menurut Imam Malik dan Al-Auza’I, yang diasingkan selama setahun itu hanyalah pihak leleki dengan memenjarakannya di tempat pengasingan, kerana jika perempuan juga diasingkan di tempat lain dikhuatiri akan mendatangkan fitnah. Disamping itu, Rasulullah melarang perempuan musafir yang mengambil masa dua hari kecuali didampingi suaminya atau mahramnya.

3)    Ulama Hanafiyyah pula berpendapat bahawa hukuman pengasingan tidak wajib dilaksanakan. Ini kerana akan menyebabkan penambahan terhadap nass, sesuai dengan prinsip mereka, mengakibatkan kepada nasakh (pembatalan hukum). Menurut mereka, jika hukuman pengasingan dilaksanakan juga, ianya bukan hudud tetapi ianya atas nama ta’zir dari hakim. Atas dasar itu, hukuman pengasingan selama setahun boleh diterapkan mengikut kebijaksanaan hakim dan hakim boleh memenjarakannya selama setahum sehingga pelaku bertaubat.

4)    Kemudian, para ulama fiqh sepakat menyatakan hukuman bagi orang yang telah berkahwin jika melakukan perzinaan adalah hukuman rejam, iaitu dilempar dengan batu sampai mati. Hal ini berdasarkan kepada tindakan Rasulullah yang telah merejam Ma’iz, tanpa menyebatnya seratus kali. (H.R.Imam Ahmad Ibn Hanbal, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibn Majah).
  
5)    Ali bin Abi Talib dan Daud Al-Zahiri berpendapat bahawa hukuman bagi pelaku zina yang telah berkahwin adalah sebat seratus kali dan direjam sampai mati. Atas dasar inilah Ali bin Abi Talib mengatakan hukuman kepada pelaku zina yang telah berkahwin bahawa :

حدثنا شعبه حدثنا سلمة بن كهيل قال: سمعت الشعبي يحدث علي رضى الله عنه حين جلدها يوم الخميس ورجمها يوم الجمعة, وقال: أجلدها بكتاب الله وأرجمها بسنة الله وأرجمها بسنة نبي الله صلى الله عليه وسلم.
Maksudnya:  Dari Syu’bah dari Salamah Bin Kuhail telah berkata; aku mendengar al-Sya’bi menceritakan Ali r.a ketika menyebatnya hari khamis dan merejamnya pada hari jumaat, dan dia berkata; saya menyebatnya berdasarkan kitab Allah dan merejamnya berdasarkan sunnah Nabi Allah S.A.W.



2.0)               HUKUMAN MENUDUH ZINA (QAZF)

Hukuman pelaku qazf (menuduh orang lain berzina) telah terbahagi kepada dua hukuman iaitu, disebat lapan puluh kali dan digugurkan haknya sebagai saksi untuk selama-lamanya. Adapun, menurut Abd Al-Qadir Audah mengenai hukuman gugurnya hak kesaksian penjenayah merupakan hukuman pelengkap.

Firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 4 :

والذين يرمون المحصنات ثم لم بأربعة ضهداء فاجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا. . . . .
Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya.

Dalam hukuman qazf ini, tidak terdapat perbezaan pendapat ulama fiqh tentang hukuman sebat dan gugurnya kesaksian al-qazf ini. Namun demikian, hak kesaksian al-qazf akan gugur apabila mereka kembali bertaubat dan memperbaiki diri seperti mana dengan kehendak Surah An-Nur ayat 5.
Firman Allah, Surah An-Nur ayat 5:

إلا الذين تابو من بعد ذلك وأصلحوا فان الله غفور رحيم.
Maksudnya: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

3.0)       HUKUMAN PEMINUM MINUMAN KERAS :

Melalui persepakatan antara ulama fiqh, mereka telah sepakat menyatakan bahawa jenis hukuman kepada para peminum minuman keras adalah sebat. Namu demikian, mereka telah berbeza pendapat tentang jumlah sebat yang dikenakan kepada peminum arak. Perbezaan pendapat para ulama dalam menentukan jumlah sebat yang akan dikenakan kepada peminum arak disebabkan tidak adanya jumlah yang pasti dalam Al-Quran mahupun sunnah Rasulullah. Oleh itu, jumhur ulama telah mengambil pendapat Ali bin Abi Talib, kerana menurut mereka, pendapat itu telah disepakati para sahabat di zaman Umar Ibn Al-Khathab.

Perbezaan pendapat ulama fiqh :

1)    Jumhur ulama telah bersepakat bahawa peminum minuman keras dikenakan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali.
Pernyataan Ali bin Abi Talib yang menyatakan :
عن امير المؤمنين علي رضى الله عنه في شرب الخمر قال أنه إذا شرب سكر, وإذا هذى إفترى, وحد المفترى ثمانون.
Maksudnya: Dari Amir al-Mukminin Ali r.a mengenai minuman keras telah berkata; bahawasanya jika ia minum (minuman keras), maka ia mabuk. Jika ia mabuk, ia mengigau, ia akan mengada-adakan (menuduh orang berbuat zina dan memfitnah), hukuman bagi yang menuduh seseorang berbuat zina adlah lapan puluh kali sebat.
                                                               (H.R.  al-Dar Quthni, Al-Nasa’I dan Al-Hakim)
   
Dengan yang demikian, jumhur ulama fiqh menyamakan hukuman meminum minuman keras dengan hukuman bagi orang yang menuduh seseorang berbuat zina.




2)           Ulama Syafi’iyyah pula telah menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang meminum minuman keras, samada khamar atau minuman lain yang memabukkan adalah empat puluh kali sebat. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W tidak menetapkan bilangan yang pasti dalam menyebat para peminum minuman keras di zamannya.

عن انس, ان النبي صلى الله عليه وسلم كان يضرب في الخمر بالجريد والنعال أربعين.
Maksudnya: Dari Anas bin Malik; sesungguhnya Nabi S.A.W telah memukul (menyebat) orang yang meminum khamar dengan pelepah kurma dan sandal sebanyak empat puluh kali pukulan.
(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

              Namun demikian, ulama Syafi’iyyah telah menyatakan bahawa jika hakim memandang ada kemaslahatan yang akan dicapai dengan penerapan hukuman sebat lapan puluh kali bagi para peminum minuman keras, maka boleh dijatuhkan hukuman lapan puluh kali sebat. Akan tetapi, penambahan menjadi lapan puluh kali sebat itu bukan atas nama hudud, melainkan atas dasar kebijaksanaan hakim (ta’zir).
     Pelaksanaan hukuman lapan puluh kali sebat telah dilakukan oleh Umar ibn Al-Khathab iaitu pada awal pemerintahannya, beliau telah menyebat peminum arak sebanyak empat puluh kali sebat, jika ia menjumpai seseorang dalam keadaan mabuk. Akan tetapi, pada akhir pemerintahannya beliau melaksanakan hukuman lapan puluh kali sebat kepada peminum arak. Hal ini kerana Umar Al-Khathab telah menambah hukuman itu melalui dari praktik hukuman yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang telah menyebat para peminum arak itu sebanyak empat puluh kali dengan sandal. Dengan itu, Umar Al-Khathab telah berpendapat dengan dua buah sandal itu beerti dua hukuman, iaitu dua kali empat puluh menjadi lapan puluh kali.

Dalam Mausu’ah Fiqh Umar Ibn Al-Khathab telah disebutkan :
وان الذى رجع الثمانين على الاربعين عند عمر هو ان رسول الله صلى الله عليه وسلم كما يقول ابو سعيد الخضرى: ضرب في الخمر بنعلين اربعين فجعل عمر مكان كل نعل سوطا.
Maksudnya:  Umar menjadikan empat puluh ke lapan puluh itu kerana Rasulullah S.A.W sebagaimana disebutkan oleh Abu Said Al-Khudri telah menyebat atas peminum khamar dengan dua buah sandal sebanyak empat puluh kali. Maka Umar menjadikan setiap satu sandal itu sebagai satu cambuk.

3)           Abd al-Razzaq juga telah meriwayatkan dari sanad yang sahih dalam Fiqh Umar Ibn al-Khathab telah disebutkan; bahawa Umar telah melaksanakan hadd terhadap peminum khamar sebanyak empat puluh kali sebatan. Disebabkan Umar Al-Khathab telah melihat mereka masih meminum bahkan mereka telah meremehkan hukuman, maka ditambah lagi dari enam puluh menjadi lapan pulih kali sebatan.


4)   PENCURIAN :

Pengertian pencurian ialah seseorang yang mengambil milik orang lain secara sembunyi-sembunyi.
Ulama fiqh mendefinisikan secara terperinci,pencurian yang termasuk ke dalam jarimah hudud iaitu : “ mengambil harta orang lain  dalam ukuran tertentu yang tersembunyi ( dengan aman ) dengan cara diam-diam oleh seorang mukallaf dari tempat tertentu tanpa ada ada syubhah “.Berdasarkan definisi ini,jika pengambilan harta itu dilakukan secara terang-terangan,maka tidak dinamakan mencuri,melainkan disebut dengan penyeluk saku.Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w menyatakan:

عن المغيرة بن مسلم عن ابي الزبير عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس على الخائن والمختلس قطع .
Maksudnya: Dari al-Mughirah Bin Muslim dari Abi az-Zubair dari Jabir r.a. berkata dia; Rasulullah s.a.w bersabda : Terhadap pengkhianat (amanah) dan penyeluk saku tidak dikenakan hukuman potong tangan.
 (H.R. al-Turmuzi, al-Nasa’I dan Abu Daud).

Berdasarkan hadis di atas,pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan harus memenuhi beberapa rukun, iaitu:
1) Pengambilan harta orang lain itu dilakukan secara diam-diam.
2) Yang diamabil itu bernilai harta(menurut syara’.).Akan tetap,kecuali dalam kes menculik budak kecil yang belum mumayyiz,juga akan dkenakan jenayah hudud dengan potong tangan.
3) Harta yang diambil itu mlik orang lain.
4) Tindakan itu dilakukan secara sedar dan sengaja.

Pendapat ulama :

1)    Jumhur ulama fiqh:  Telah mengulas hukuman bagi mukhtalis (penyeluk saku) mengatakan bahawa penyeluk tidak dikenakan hukuman potong tangan.Menurut mereka,disebabkan batasan Mukhalis  tidak sama dengan batasan pencuri.Ini kerana Mukhalis melakukan pencurian dengan terang-terangan,sedangkan pencuri melakukan pencurian disebabakan kelalaian pemiliknya.
Selain itu,yang diperintah Allah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan hanyalah pencuri.

2)    Pendapat Iyas bin Muawiya : Baginya hukuman potong tangan harus dikenakan dalam kes ikhtilas.Dia menetapkan hukuman potong tangan hanya kepada penyeluk saku yang melakukan perlakuannya secara sembunyi-sembunyi,sedangkan bagi penyeluk saku yang melakukan perlakuananya secara terang-terangan,tidak dikenakan hukuman potong tangan. Selain itu, beliau tidak ada pertentangan dengan pendapat ulama fiqh,kerana menurutnya mukhtalis ( penyeluk saku) yang beraksi secara bersembunyi-sembunyi harus dikenakan hukuman potong tangan.sedangkan yang beraksi secara terang-terangan tidak dikenakan hukuman potong tangan.
Oleh sebab itu,Jika pengambilan harta itu secara terang-terangan,atau pencurian itu dilakukan dalam keadaan tidak sedar,misalnya mabuk,atau pencurian itu atas paksaan orang lain,atau harta yang di ambil itu  mengandungi syubhah al-milk dan yang diambil itu tidak bernilai dalam pandangan syara’,misalnya,yang dicuri itu adalah minuman keras,maka tindakan seperti ini tidak dapat dikategorikan sebagai tindak jenayah yang boleh dikenakan hukuman potong tangan.

5)   MURTAD

Para Ulama fiqh telah mengkategorikan murtad (menyatakan keluar dari islam) termasuk dalam tindak jenayah hudud. Mereka juga telah sepakat menyatakan bahawa hukuman terhadap orang yang murtad adalah hukum bunuh.
            Seperti sabda Nabi S.A.W :
            عن ابن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من بدل دينه فاقتلوه.
            Maksudnya:  Dari Ibn Abbas r.a telah berkata; Rasulullah S.A.W bersabda; siapa yang menukar agamanya, maka kamu bunuhlah ia.
(H.R. Al-Jama’ah)

Adapun hukuman bagi orang-orang yang murtad ini tidak ada perbezaan antara  lelaki mahupun perempuan. Namun yang demkian, jumhur ulamafiqh tetap menganjurkan agar orang-orang yang murtad itu wajib terlebih dahulu bertaubat kembali kepada islam.jika mereka bertaubat, mereka akan diterima dengan baik, tetapi apabila mereka berterusan tidak bertaubat dan tidak kembali kepada islam bahkan mengadakan kekacauan,maka orang murtad itu dikenakan hukum bunuh.
            Sabda Nabi S.A.W :
عن جابر رضى الله عنه قال : ان امرأة يقال لها أم مروان إرتدات عن الإسلام فبلغ أمرها إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمر أن تستتاب فإن تابت وإلا قتلت.
Maksudnya : Dari Jabir r.a dia berkata; bahawa seorang wanita yang dikenali dengan nama Ummu Marwan telah murtad dari islam, lalu persoalan itu sampai kepada Nabi S.A.W. kemudian Nabi S.A.W telah menyuruh untuk mentaubatkannya, jika ia taubat (terima), jika dia tidak mahu taubat, dia dibunuh.                                                                                                                                                                                                           (H.R. Al-Dar Quthni, Al-Baihaqi )

CARA PEMBUKTIAN JENAYAH HUDUD:

JENAYAH
CARA PEMBUKTIAN


PENZINAAN

·         SAKSI
·         PENGAKUAN
·         QARINAH (PETUNJUK)



QAZF (MENUDUH ZINA)

·         SAKSI
·         PENGAKUAN
·         SUMPAH


PENCURIAN

·         SAKSI
·         PENGAKUAN


MEMINUM ARAK

·         SAKSI
·         PENGAKUAN


MURTAD

·         SAKSI
·         PENGAKUAN




KESAN HUDUD KEPADA MASYARAKAT ISLAM:

Sejarah telah membuktikan bahawa hukum hudud  adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, dan mampu mengawal kebaikan. Ia telah memberi jalan keluar kepada masalah manusia. Bagi orang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah yang mengandungi nikmat kerana ia memberi dua faedah yang besar seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang.Oleh itu, hudud  diyakini membersihkan masyarakat daripada orang  jahat yang mahu mengganggu keselamatan, kebaikan insaniah dan harta benda.
Bagi orang yang melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka telah diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. di mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara hudud) tidak lagi dihukum di Akhirat. Di sini menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum hudud hanya akan dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur di dalam masyarakat.. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik demi mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang jahat .
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yang tidak kenal penat. Ia akan menyebabkan masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak akan ada lagi kedamaian dan kasih sayang .Pagar hanya boleh mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yang sudah dididik dengan  iman dan taqwa, hukum hudud yang diancamkan itu akan benar-benar mengawal maksiat.Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang lain,  hasilnya tidak akan berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti” dari kejahatan.Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dan lain-lain lagi..
Hukum hudud yang  ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari “hudud-hudud duniawi” yang dicipta oleh manusia.
Contohnya dalam kes curi,  ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dengan penjara atau denda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.Tetapi  ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yang kena curi itu tidak boleh hidup lagi.
 Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dengan  kesalahan seseorang.  Ini jelas menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yang seimbang dengan kesalahannya keatas orang lain.Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.


     

No comments:

Post a Comment