4. Mahar & Walimatul Urus



Mas Kahwin ( Mahar )
*      Pengertian Mahar

Bahasa Arab: Disebut sebagai al-ahr, al- Sadaq, al- Sidqah dan al- Nihlah.
Istilah: Pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya disebabkan              berlakunya akad nikah. Tidak kira ianya dalam bentuk wang ringgit, pakaian, perhiasan atau barang-barang lain yang mempunyai nilai sebagai ganjaran perkahwinan.

*    Hukum Memberikan Mas Kahwin

-          Mas Kahwin menjadi Wajib ke atas suami sebaik sahaja berlakunya akad nikah, tetapi ianya tidak menjadi rukun dalam pernikahan.Sama ada mas kahwin disebutkan dalam akad dengan kadar tertentu daripada harta seperti RM1,000.00 ataupun tidak disebut.Jika mereka bersepakat menafikannya atau tidak menyebutnya,persepakatan itu batal dan hukum mas kahwin tetap wajib.

*    Dalil Wajib Memberikan  Mas Kahwin

Dalil wajib memberikan mas kahwin adalah berpandukan Al-Quran dan Ijmak Ulama.
-          (Al-Quran)  Firman Allah Taala “Surah An-Nisa ayat 4’”
(#qè?#uäur uä!$|¡ÏiY9$# £`ÍkÉJ»s%ß|¹ \'s#øtÏU 4  
 “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai                                                                                                                                      pemberian yang wajib.”
-          (Ijmak Ulama)
Semua ulama bersepakat bahawa mas kahwin adalah wajib dan tidak ada seorangpun yang mengingkari pendapat ini.
Mas kahwin wajib dibayar oleh suami kepada isteri apabila berlakunya salah satu daripada tiga perkara berikut:
1)    Apabila ditentukan kadar mahar oleh suami.
2)    Apabila diwajibkan oleh hakim.
3)    Apabila dicampuri.

*    Menyebut Mas Kahwin Ketika Akad

            Sunat disebutkan kadar mas kahwin ketika akad kerana Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah lupa untuk menyebutkan mas kahwin ketika akad. Ia juga akan dapat mengelakkan perselisihan di antara suami isteri.

*    Siapakah yang Memiliki Mas Kahwin

            Mas kahwin adalah milik pengantin perempuan seorang sahaja. Ia bukan milik wali, sekalipun wali berhak menerimanya. Wali hanya berhak menerima bagi pihak pengantin perempuan sahaja.
Firman Allah Taala: Surah An-Nisa’ ayat 20.
Ÿxsù (#räè{ù's? çm÷ZÏB $º«øx© 4 ¼çmtRrääzù's?r& $YY»tGôgç/ $VJøOÎ)ur $YYÎ6B ÇËÉÈ
20 Maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun. apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata ?

            (Maksud ayat diatas ialah, menceraikan isteri yang tidak disenangi dan kahwin dengan isteri yang baru. Sekalipun ia menceraikan isteri yang lama itu bukan tujuan untuk kahwin, namun meminta kembali pemberian-pemberian itu tidak dibolehkan.)

*    Kadar Mas Kahwin

            Tiada had minima dan maksima mas kahwin. Semua perkara yang boleh dinamakan sebagai harta atau yang boleh ditukarkan dengan harta boleh menjadi mas kahwin sama ada sedikit ataupun banyak,tunai atau hutang.
Firman Allah Taala: Surah An- Nisa’ ayat 24.
                          ¨@Ïmé&ur Nä3s9 $¨B uä!#uur öNà6Ï9ºsŒ br& (#qäótFö6s? Nä3Ï9ºuqøBr'Î/ tûüÏYÅÁøtC
Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari ( isteri ) dengan harta kamu secara bernikah.”


*      Jumlah mahar atau mas kahwin yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri sebagai suatu panduan bersama:

Negeri
Kadar Mas Kahwin
Status
Wilayah Persekutuan/ Kuala Lumpur
RM80.00
RM40.00
Dara
Janda
Selangor Darul Ehsan
RM80.00
RM40.00
Dara
Janda
Johor Darul Takzim
RM22.50
Dara/Janda. Boleh ditambah tetapi tidak boleh dikurangkan daripada jumlah yang telah disyariatkan
Melaka
RM40.00
Boleh ditambah tetapi tidak boleh dikurangkan daripada jumlah yang telah disyariatkan
Negeri Sembilan Darul Khusus
RM80.00
RM40.00
Pilihan boleh dibuat:
-80% memilih bayaran RM24.00, 5% RM48.00.
-Bagi janda: ½ nilai di atas. Nilai yang tertera di atas hanya tertakluk kepada bahagian Seremban, tempat atau daerah lain mempunyai penetapan mahar yang berbeza-beza.
Perak Darul Ridzuan

Tiada ketetapan khusus (terletak pada budi bicara kedua-dua belah pihak)
Pahang Darul Makmur
RM22.50
Dara
Janda
Terengganu Darul Iman

Tidak tetap (kebiasaannya wang hantaran diangkat sebagai mas kahwin. Pihak perempuan berhak memberikan mas kahwin untuk tujuan belanja hangus dengan syarat dia redha. Di negeri ini juga, pihak lelaki memberi mas kahwin dalam bentuk wang.
Pulau Pinang
RM24.00

Sarawak
RM120.00

Sabah
RM100.00
RM88.00
Dara 
Janda                                        

*    Pemberian Mas Kahwin

·        Wajib Memberikan Keseluruhan Mas Kahwin

1)    Apabila suami telah menyetubuhi isterinya.
Suami wajib memberikan semua mas kahwin sama ada persetubuhan itu dalam keadaan halal seperti persetubuhan semasa isterinya suci daripada haid, ataupun persetubuhan dalam keadaan haram iaitu semasa isterinya berada dalam keadaan haid.
            Firman Allah Surah An-nisa’ 24.
 $yJsù Läê÷ètGôJtGó$# ¾ÏmÎ/ £`åk÷]ÏB £`èdqè?$t«sù  Æèduqã_é& ZpŸÒƒÌsù 4
           “Kemudian, mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya(setelah menjadi isteri kamu) , maka berikanlah kepada mereka upahnya(mas kahwinnya) dengan sempurna”
           - Maksud “ kamu nikmati percampuran dengannya” dalam ayat di atas ialah bersetubuh dan merasai kelazatan dengan bersetubuh.”
                  2) Salah seorang daripada suami atau isteri meninggal dunia sama ada              
sebelum berlakunya persetubuhan atau selepasnya. 

·        Suami Memberikan Separuh Mas Kahwin

-                1) Suami menceraikan isterinya selepas akad nikah yang sahih dan mas             kahwin disebutkan dengan jelas. Penceraian berlaku sebelum suami               menyetubuhi isterinya.
 Dalilnya Firman Allah Taala: Surah Al-Baqarah ayat 237.
bÎ)ur £`èdqßJçFø)¯=sÛ `ÏB È@ö6s% br& £`èdq¡yJs? ôs%ur óOçFôÊtsù £`çlm; ZpŸÒƒÌsù ß#óÁÏYsù $tB ÷LäêôÊtsù
“ Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (bersetubuh dengan) mereka, padahal kamu telah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh daripada mas kahwin yang kamu telah tetapkan itu.”

·        Suami Tidak Perlu Memberikan Mas Kahwin

1) Isteri murtad sebelum dukhul.
 2) Aib atau cacat yang diharuskan syarak untuk suami memansukhkan sesuatu            perkahwinan yang berlaku. Seperti contoh, isteri menghidapi penyakit kulit seperti sopak.
 3) Isteri menggugurkan mas kahwin baik sebelum atau selepas dukhul, tetapi dengan syarat isteri adalah orang yang sempurna keahliannya.
 4) Isteri menjadikan mas kahwin sebagai tebus talak baik sebelum atau selepas dukhul.
 5) Isteri menghadiahkan mas kahwin kepada suami.

*    Bahagian Mahar

- Mahar Musamma : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-                                    dua belah pihak, sama ada disebut semasa akad atau tidak.
- Mahar Mithil : Mahar yang tidak ditentukan kadarnya, tetapi berdasarkan kadar                                mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri.

*    Bahan yang Boleh Dijadikan Mas Kahwin

1) Wang ringgit
2) Harta Benda
3) Pekerjaan ( mengajarkan ilmu agama )
4) Makanan
5) Dengan memerdekakan hamba
6) Sejadah



*    Kadar Mahar Mithil

- Membuat perbandingan dengan mas kahwin yang pernah diterima oleh kaum keluarga isteri sebelah bapa.
- Mengambil kira mas kahwin yang pernah diterima oleh perempuan asobah ( adik beradik perempuan seibu sebapa, adik beradik perempuan sebapa, anak-anak perempuan 
kepada adik beradik lelaki dan kemudiannya ibu-ibu saudara sebelah bapa.

*    Faktor Penentu Kadar Mahar Misil

 1) Umur
2) Kecerdikan
3) Kecantikan
4) Kedudukan Kewangan (harta)
5) Mulia Diri
6) Beragama
7) Masih dara atau janda
8) Keilmuan dan ketaqwaan

*    Hikmat- hikmat Disyariatkan Mahar atau Mas Kahwin

1) Melambangkan ikatan kasih saying dan kesetiaannya untuk hidup bersama               sebagai suami isteri.
2) Merupakan suatu penghormatan seorang lelaki terhadap seorang perempuan.
3) Menjadi lambing kesungguhan suami menjaga bakal isterinya.
4) Membolehkan isteri menyediakan keperluannya seperti pakaian dan pelbagai           keperluan lain untuk memasuki kehidupan baru.
5) Supaya isteri berasa gembira dengan pemberian tersebut dan bersedia menjadi       isteri yang baik.

*      Kesan Mahar Kepada Masyarakat Islam

Mahar Di Bayar
Mahar Tidak DiBayar
1) Kaum wanita akan merasa dirinya                                 sangat bernilai dan sentiasa dihargai
1) Kaum wanita merasa dirinya tidak                                       bernilai dan tidak dihargai
2) Dapat menunjukkan kesungguhan suami menyara dan menjaga isterinya
2) Menunjukkan suami tidak bertanggungjawab untuk menyara dan menjaga isteri
3) Memberi peluang kepada kaum wanita untuk berbelanja hasil daripada mahar yang telah diberikan oleh suami
3) Suami melanggar hukum-hukum dalam bab pernikahan
4) Isteri sedia berkhidmat kepada suami
4) Menambahkan kesempitan hidup wanita kerana tidak dibayar mahar
5) Meninggikan martabat seseorang wanita
5) Isteri tidak bersedia berkhidmat kepada suami dan berkemungkinan isteri akan menjadi isteri yang derhaka


Ø  Kesan Mahar Yang Tinggi Kepada Masyarakat Islam

v  Kesan Positif

1)    Pengantin perempuan akan mempunyai lebih wang
2)     Menunjukkan wanita Islam masih mempunyai hak untuk memiliki harta dan tidak menjadi satu entiti dengan suaminya seperti dalam agama yang lain

v  Kesan Negatif

1)    Menyebabkan golongan pemuda dikategorikan sebagai seorang yang tidak                              berkemampuan kerana terhalang daripada mendirikan perkahwinan
2)    Membawa pasangan tersebut kea rah gejala sosial seperti bersekedudukan dan berzina
3)    Bilangan yang berkahwin akan berkurangan kerana nilai mahar yang tinggi
4)    Timbul perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dalam diri
5)    Muncul ramai wanita yang berstatus andartu yang kesepian
6)    Mengundangkan kedukaan yang berpanjangan terhadap kaum wanita kerana tidak berkahwin.

Konsep Walimatul Urus
¨  
¨  Berasal daripada perkataan al-walmu bermaksud perjumpaan.
¨  Walimah atau jamuan perkahwinan ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan bagi meraikan kedua suami isteri yang berkahwin

Hukum Walimatul Urus
¨  Sunat Muakkad kerana perbuatan tersebut baik dan mulia dan ianya sabit daripada Nabi secara perkataan dan perbuatan. Nabi bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf:
¨  أولم ولو بشاة
¨  ُقفهىغشُثثيثشسنتتعءئبيلشertinya: “buatlah walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing”

Kadar Walimatul Urus
Bagi orang kaya kadar minima ialah seekor kambing dan tidak ada kadar maksima dalam mengadakannya.
      Bagi orang miskin kadarnya ialah makanan yang dia mampu.


Waktu Walimatul Urus
¨  Luas dan panjang iaitu berlakunya akad sehinggalah selepas persetubuhan.
¨  Waktu yang paling baik ialah selepas persetubuhan. Ini kerana nabi hanya mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan isteri-isterinya selepas persetubuhan.

Tujuan Atau Hikmat Islam Menggalakkan
Walimatul Urus
*      Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan.
*      Menghebahkan pernikahan tersebut supaya diketahui oleh orang ramai.
*      Untuk mengeratkan persaudaraan antara kedua-dua belah pihak.
*      Supaya tidak timbul perkara2 yang tidak diingini kemudian hari sekiranya perkahwinan tersebut tidak dihebahkan kepada orang ramai.
*      Manusia boleh berhimpun dan berjumpa pada waktu walimah tersebut sambil bertukar-tukar fikiran.
*      Dapat menzahirkan perbezaan antara perkahwinan yang syarie dengan perzinaan yang dilarang.
                                          

Hukum Menghadiri walimah

¨  Fardu ain kepada mereka yang dijemput.
¨  Sabda Rasulullah S. A. W :
        
           إذا دعي أحدكم إلى الوليمة ؛ فليأتها

Ertinya:       Apabila seseorang kamu dijemput ke majlis kenduri,
maka hendaklah dia hadir.




Syarat Wajib Menghadiri Walimah (Jemputan Kahwin)
¨  Kedua-dua pengantin beragama Islam
¨  Jemputan tersebut umum kepada semua orang, tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja.
¨  Tidak ada keuzuran
¨  Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih saying dan mengeratkan hubungan.
¨  Tuan empunya walimah bukan orang yang zalim
¨  Tidak didapati perkara-perkara mungkar dalam majlis tersebut seperti tari menari, minuman keras atau menggunakan wang yang haram dan sebagainya.
¨  Orang yang menjemput dan dijemput adalah orang islam.

Memakan Makanan Walimah
Orang yang menghadiri jemputan walimah tidak wajib memakan makanan walimah tersebut.Yang wajib hanyalah hadir.Jika dia mahu makan boleh la makan jika tidak mahu boleh tinggalkan makanan tersebut.

Perkara yang Dilarang Ketika Mengadakan Walimatul Urus
¨  Mengadakan hiburan yang melalaikan atau cara yang bertentangan dengan syariat Islam
¨  Mengadakan walimatul urus secara besar-besaran dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai
¨  Mementingkan perkara-perkara yang haram dalam majlis tersebut
¨  Mengadakan walimatul urus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya
¨  Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dengan perempuan ajnabi

Kesan Walimah Terhadap Masyarakat Islam
Dapat memberikan sedekah
Dapat mengelakkan berlakunya fitnah
Dapat mengukuhkan persaudaraan di antara umat islam
Melahirkan masyarakat islam yang bersyukur
Melahirkan masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain

No comments:

Post a Comment