Gambar Hiasan Perkahwinan dalam Islam |
4.1 Keluarga, Sebuah Sistem Sosial
Dalam pandangan
manapun, keluarga dianggap sebagai elemen social yang akan membentuk sebuah
masyarakat. Adapun suatu perkahwinan, sebagai sarana pembentuk keluarga adalah
sesuatu yang paling bertahan dan digemari seumur kehadiran manusia.
Berbeza pada
pandangan Syekh Taqiyuddin An Nabhany dalam bukunya "Nizham Al
Ijtimaa’i fil Islam ( Sistem Sosial dalam Islam ) " membezakan istilah
sistem sosial ( Nizham Al Ijtimaiy ) dengan sistem sosial kemasyarakatan (
Anzimatul Mujtama’ ). Sistem sosial ( Nizham Al Ijtimaiy ) menurut beliau
adalah sebuah peraturan yang mengatur pertemuan antara lelaki dan wanita atau
sebaliknya, dan mengatur hubungan yang akan muncul antara keduanya, serta
segala sesuatu yang menyangkut hubungan tersebut. Manakala, sistem sosial
kemasyarakatan ( Anzimatul Mujtama’ ) adalah peraturan bagi masyarakat, yang
mengatur hubungan yang terjadi antara sesama manusia yang hidup dalam
masyarakat tertentu tanpa diperhatikan pertemuan atau perpisahan diantara anggota
masyarakat tersebut. Dari sinilah muncul berbagai macam peraturan yang
berbeza-beza sesuai dengan jenis dan bentuk hubungan yang mencakup aspek
ekonomi, hukum, politik, pendidikan, perdagangan, peradilan dan lain
sebagainya.
4.2 Keluarga dalam Masyarakat Islam
Perkawinan dari sudut pandangan Islam
pula merupakan sistem atau peraturan dari Allah SWT yang mengandung karunia
yang besar dan hikmah yang agung. Melalui perkawinan dapat diatur hubungan
lelaki dan wanita ( yang secara fitrahnya saling tertarik ) dengan aturan yang
khusus. Dari hasil pertemuan ini juga akan berkembang jenis keturunan sebagai
salah satu tujuan dari perkawinan tersebut. Dan dari perkawinan itu pulalah
terbentuk sebuah keluarga yang mendirikan beberapa peraturan hidup yang khusus
dari sebuah perkawinan.
4.3 Definisi Perkahwinan
Takrif yang
tepat untuk "perkahwinan" berbeza-beza dalam aspek budaya yang
pemahaman moden menekankan kesahan hubungan seks dalam perkahwinan, walaupun
sifat perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan persemendaan.
Secara tradisi, masyarakat menggalakkan seseorang untuk berkahwin
dengan orang yang jauh untuk mengukuhkan pertalian, tetapi cukup dekat supaya
semenda boleh dianggap sebagai "salah satu daripada kami" atau
"jenis kami". Satu kekecualian untuk peraturan ini didapati dalam
perkahwinan raja yang
mengukuhkan kedudukan mereka melalui pengumpulan kekayaan berbanding melalui
persemendaan. Walaupun begitu, ahli-ahli keluarga raja sering digalakkan
berkahwin dalam lingkungan keluarga yang rapat.
Perkahwinan
masih penting sebagai perikatan hubungan yang dipersetujui
oleh masyarakat, dan yang senang untuk difahami ialah sebagai satu hubungan
lelaki dan perempuan yang bertujuan untuk melahirkan anak-anak serta
mensosialisasikan mereka dengan jayanya. Secara sejarah, kebanyakan masyarakat
membenarkan pengamalan poligami.
Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada
keluarga yang sedia ada dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada
wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada
masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan
yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan
lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan
tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi
menggantikan wali daripada keluarga si isteri.
4.4 Konsep Perkahwinan dalam Islam
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah
Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah
manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik,
sempurna, dan penuh bertanggungjawab.
Mereka ini adalah golongan yang
berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang
mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.
Rasulullah juga turut menerangkan
dan menjelaskan dalam hadis-hadis berikut :
Di sini menunjukkan bahawa, perkahwinan
itu bukanlah sebagai satu ikatan sahaja, malah sebagai satu sunnah Nabi dan
sebagai satu perintah dari Allah S.W.T.
4.5 Lelaki dan Perempuan dalam Kejadian Manusia
Dengan
memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti
mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama
iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya
berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan
kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat
tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan
lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya
pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang
menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian
berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.
Allah S.WT. berfirman :
ô`ÏBur ÿ¾ÏmÏG»t#uä ÷br& t,n=y{ /ä3s9 ô`ÏiB öNä3Å¡àÿRr& %[`ºurør& (#þqãZä3ó¡tFÏj9 $ygøs9Î) @yèy_ur Nà6uZ÷t/ Zo¨uq¨B ºpyJômuur 4 ¨bÎ) Îû y7Ï9ºs ;M»tUy 5Qöqs)Ïj9 tbrã©3xÿtGt ÇËÊÈ
21. Dan di
antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia
menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (Surah Ar-Ruum 30:21)
Kejadian berpasangan juga
sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
$pkr'¯»t â¨$¨Z9$# (#qà)®?$# ãNä3/u Ï%©!$# /ä3s)n=s{ `ÏiB <§øÿ¯R ;oyÏnºur t,n=yzur $pk÷]ÏB $ygy_÷ry £]t/ur $uKåk÷]ÏB Zw%y`Í #ZÏWx. [ä!$|¡ÎSur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# Ï%©!$# tbqä9uä!$|¡s? ¾ÏmÎ/ tP%tnöF{$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3øn=tæ $Y6Ï%u ÇÊÈ
1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah
kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu
(Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),
dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan
perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta
Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah
An-Nisa’ 04:01)
Dengan
keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan
wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk
mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah
S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah
rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan
di bumi sebagai khalifah-Nya.
4.6 Mengapa Berkahwin?
Manusia akan menghadapi berbagai
kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun
mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara
lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang
memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di
antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu,
perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan
peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang
mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada
kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda
arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
4.7 Membentuk
Keluarga
Peraturan yang
ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi
masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama
pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan
yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan.
Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan
perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang
tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang
hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat
dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi
perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan
sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika
pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan
kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan
akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak
meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.
4.8 Prinsip
Pembentukan Keluarga Islam
Sebagai
Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang
merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan
peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma.
Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi
pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina
menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan
undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin
ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa
tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab
dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan
orang-orang yang mempunyai kesedaran.
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera,
Islam berpandu kepada dua prinsip.
1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di
dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama
manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)
2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan,
hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan
jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.
Kepincangan
dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah
kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain
daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil
tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan
tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.
4.9.1 Dalil-Dalil
Al-Quran Mengenai Perkahwinan
Terdapat banyak
nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan
serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri, antaranya ialah:
(#qßsÅ3Rr&ur 4yJ»tF{$# óOä3ZÏB tûüÅsÎ=»¢Á9$#ur ô`ÏB ö/ä.Ï$t6Ïã öNà6ͬ!$tBÎ)ur 4 bÎ) (#qçRqä3t uä!#ts)èù ãNÎgÏYøóã ª!$# `ÏB ¾Ï&Î#ôÒsù 3 ª!$#ur ììźur ÒOÎ=tæ ÇÌËÈ
32. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (Surah An-Nur 24:32)
Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan
kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin Dalam nas yang
lain Allah S.W.T berfirman :
÷bÎ)ur ÷LäêøÿÅz wr& (#qäÜÅ¡ø)è? Îû 4uK»tGuø9$# (#qßsÅ3R$$sù $tB z>$sÛ Nä3s9 z`ÏiB Ïä!$|¡ÏiY9$# 4Óo_÷WtB y]»n=èOur yì»t/âur ( ÷bÎ*sù óOçFøÿÅz wr& (#qä9Ï÷ès? ¸oyÏnºuqsù ÷rr& $tB ôMs3n=tB öNä3ãY»yJ÷r& 4 y7Ï9ºs #oT÷r& wr& (#qä9qãès? ÇÌÈ
3. Dan jika
kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan
Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya
kamu tidak melakukan kezaliman.
4.9.2 Dalil-Dalil Hadis yang Berkaitan Mengenai
Perkahwinan
Rasulullah
s.a.w bukan sahaja melarang umat islam hiduo membujang seperti yang telah
dinyatakan dalam hadis sebelum ini, malah memberi amaran dan ancaman yang keras
terhadap mereka yang tidak mahu berkahwinan. Hal ini dijelaskan di dalam
Hadis-hadis berikut :
Maksudnya : “Sesiapa
yang tidak mahu kahwin lantaran takut menanggung beban maka dia bukanlah dari
umat kami.”
Maksudnya : “Telah
mengutuk Rasulullah s.a.w membujang daripada lelaki yang mengatakan jangan
berkahwin dan membujang dari wanita yang mengatakan seperti itu.
Hanya
melalui perkahwinan sahajalah, keturunan manusia dapat diselamatkan dari
kemusnahan dan kebuasan hawa nafsu manusia. Sehubungan dengan ini Rasulullah
s.a.w telah bersabda :
Maksudnya : “kahwinlah
wanita yang penyayang dan yang beranak.”
Kesimpulan
1 .
Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan
masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan
oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan
tersusun demi kesejahteraan ummat.
2.
Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha
hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di
samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini
keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang
boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan berpoli gami bertujuan membela
orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang
membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah
bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.
Siapa
Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga
Kita telah menjelaskan bahawa untuk
memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap
keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia
sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarak
by :
Mohammad Said bin Nurdin
Mohammad Said bin Nurdin
Engku Mohd Ariffin bin Engku Zaimi
maklumat yang berguna .. thanks ~
ReplyDeleteassalam, mohon adakan rujukan supaya nampak lebih akademik.
ReplyDeletesetuju.. sekiranya ada rujukan lebih baik..
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi..
maklumat yang di share sgt berguna..