7. Iddah



Maksud Iddah

¢  Bahasa : tempoh pengiraan
¢  Istilah :tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri seepas berpisah dengan suami
¢  idah terbahagi kepada beberapa jenis seperti :
a.     idah talak
b.     Idah hamil
c.     Idah wafat
d.     Idah wanita yang kehilangan suami

Idah talak

¢  Idah kerana bercerai
¢  Ada 4 macam jenis perempuan-perempuan dalam idah talak:
v  1 .Perempuan-perempuan yang telah dicampuri dan ia belum putus haid. Idahnya ialah 3 kali suci atau tiga kali haid. Dan dinamkan juga tiga kali quruk. Firman AllahS.W.T dalam surah AL-BAQARAH AYAT 228:  

228. dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh Allah Dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


¢  2.Perempuan-perempuan yang dicampuri dan ia telah putus dari masa haid ,kerana telah tua.
¢  3. perempuan-perempuan yang dicampuri ,sedang ia belum pernah haid,kerana belum baligh (kecil),maka idah mereka 3 bulan,firman aAllah S.W.T dalam surah At-Talaqn ayat 4:

   
4. dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.
                        

¢  4. Perempuan-perempuan yang belum didukhul bererti tidak ada idah bagi mereka,firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 49:
49. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah Yang kamu boleh hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka Dengan cara Yang sebaik-baiknya.

IDAH HAMIL
Apabila perempuan-perempuan yang diceraikan sedang hamil,idahnya ialah sehingga melahirkan anak,firman Allah S.W.T dalam surah AT-TALAQ ayat 4:


4. dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.

Idah Wafat

¢  Seorang perempuan yang kematian suami . Idahnya 4 bulan 10 hari. Firman Allah S.W.T dalam surah al-baqarah ayat 234:

 234. dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan.
Idah wanita yang kehilangan suami         

¢        Apabila seorang perempuan kehilangan suami dan tidak diketahui di mana ia berada,masih hidup atau mati,maka wajiblah menunggu empat tahun lamanya dan sesudah itu hendaklah pula beridah 4 bulan 10 hari . Sabda Rasulullah s.a.w:
              Dari Umar r.a berkata: “mana-mana saja perempuan yang kehilangan suaminya dan ia tidak mengetahui di mana dia,sesungguhnya perempuan itu wajib menunggu 4 tahun,kemudian hendaklah ia beridah selama 4 bulan 10 hari,barulah ia boleh kahwin.          (Riwayat Malik)

Hikmah Iddah
                                                                        
¢  Memastikan isteri tidak hamil anak bekas suaminya untuk mengelak pencampuran keturunan apabila kahwin dengan lelaki lain.
¢  Memberi peluang suami isteri untuk berfikir dan menyesal dengan perbuatan mereka.
¢  Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya.
¢  Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan menjaga perasaan keluarga suami.


Ruju`

 Dari segi bahasa: Berasal  dari perkataan bahasa arabرجع bermaksud kembali
 Istilah : Seorang suami kembali kepada isterinya ketika waktu iddah iaitu sesudah talak yang bukan ba`in.
Jumhur ulama berpendapat suami boleh meruju` isterinya tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu ketika waktu iddah.

  Dalil-dalil Ruju’

Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 228
    £`åkçJs9qãèç/ur  ,ymr&  £`ÏdÏjŠtÎ/  Îû  y7Ï9ºsŒ  ÷bÎ)  (#ÿrߊ#ur&  $[s»n=ô¹Î)  4  £`çlm;ur ã@÷WÏB  Ï%©!$#  £`ÍköŽn=tã  Å$rá÷èpRùQ$$Î/
dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)

Rukun Ruju’

1. suami
2. Isteri
3. Sighah atau ucapan yang jelas atau kinayah.
Contohnya: “Aku ruju` engkau hari ini”
4. Ruju` itu dilakukan dalam talak raj`i.
Sebagai tambahan Imam Shafii berpendapat ruju` wajib mengadakan saksi tetapi ketika cerai ia hanyalah sunat. Namun begitu, Bagi isteri yang diceraikan talak satu atau dua sebelum disetubuhi, tiada rujuk dan iddah baginya. Berdasarkan dalil dalam surah al ahzab ayat 49.

49. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah Yang kamu boleh hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka Dengan cara Yang sebaik-baiknya.
          
Hukum Ruju’

·       Wajib – Bagi suami yang menceraikan salah seorang dari isteri-isterinya jika ia belum menyempurnakan pembahagian  giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
·       Haram – Sekiranya ruju` itu menyakitkan atau mendatangkan kemudharatan kepada isteri tersebut.
·       Makruh  - Jika perceraian itu lebih baik diteruskan dari berbaik semula
·       Harus  - Iaitu hukum ruju` yang asal, maksudnya, hukum ruju` pada asalnya adalah harus.
·       Sunat – Sekiranya ruju` itu mendatangkan kebaikan kepada keduanya.

Lafaz Ruju’

Lafaz ruju` terbahagi kepada dua iaitu:
v Lafaz sorih: Iaitu lafaz yang jelas menunjukkan ruju` sebagai contoh suami berkata: “Saya rujuk awak”
v Lafaz Kinayah: Iaitu lafaz sindiran atau lafaz yang tidak jelas atau tidak menunjukkan ruju`, lafaz ini memerlukan niat. Contohnya suami berkata: “Saya pegang awak kembali”.
  
Hikmah pensyariatan ruju` dan kesan terhadap masyarakat.

n  Untuk memberi suami peluang menyedari kesilapannya dan memperbaiki kesilapan tersebut.
n  Supaya isteri sedar kesilapannya dan memperbaikinya dan tidak bertindak melulu seperti sebelumnya hingga menyebabkan suami menceraikannya.
n  Mengekalkan institusi rumah tangga dalam suatu komuniti masyarakat.
n  Peluang untuk bermaaf-maafan diantara suami isteri.
n  Berhati-hati dalam membuat tindakan dan berazam membina hidup baru.
n  Mengurangkan isu janda dalam masyarakat.
n  Menunjukkan sifat kasih dan saying Allah terhadap hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment