1.0)
ERTI RIBA’
Dari
segi bahasa : Bertambah,
lebih atau pertambahan. Apa yang dimaksudkan sini adalah pertambahan modal.
Menurut
istilah syara’: Akad dan perjanjian tambahan bagi
sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada
tidak diketahui persamaanya disegi syara’ ketika akad atau diketahui
persamaanya waktu akad dan sama ada
menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satunya.
2.0)
PENGHARAMAN
RIBA’
Semua
agama samawi dan syariat islam mengharamkan amalan riba.Hal tersebut
berdasarkan dalil nas al-Quran dan Hadith antaranya ialah:
2.1) Dalil al-Quran
· úïÏ%©!$# tbqè=à2ù't (#4qt/Ìh9$# w tbqãBqà)t wÎ) $yJx. ãPqà)t Ï%©!$# çmäܬ6ytFt ß`»sÜø¤±9$# z`ÏB Äb§yJø9$# 4 y7Ï9ºs öNßg¯Rr'Î/ (#þqä9$s% $yJ¯RÎ) ßìøt7ø9$# ã@÷WÏB (#4qt/Ìh9$# 3 ¨@ymr&ur ª!$# yìøt7ø9$# tP§ymur (#4qt/Ìh9$# 4 `yJsù ¼çnuä!%y` ×psàÏãöqtB `ÏiB ¾ÏmÎn/§ 4ygtFR$$sù ¼ã&s#sù $tB y#n=y ÿ¼çnãøBr&ur n<Î) «!$# ( ïÆtBur y$tã y7Í´¯»s9'ré'sù Ü=»ysô¹r& Í$¨Z9$# ( öNèd $pkÏù crà$Î#»yz ÇËÐÎÈ
Maksudnya: Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak
dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan
Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah
disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja
seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga)
dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang
telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan
perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
(Surah
al-Baqarah 2: 275 )
Maksudnya: Allah
susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula
mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan
selalu melakukan dosa.
(Surah
al-Baqarah 2: 276)
2.2)
Dalil Hadith :
·
Hadith yang menunjukkan pengharaman riba’ ialah :
إِنَّ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ آكَلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ
وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ
Terjemahannya:
Rasulullah S.A.W.
telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi
penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka
semua adalah sama. (Riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban).
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan
Abu Daud dan Tarmizi)
·
Hadith lain yang menunjukkan bahaya riba’ ialah :
حدثنا عبد العزيز بن عبد الله حدثنا سليمان
عن ثور بن زيد عن أبي الغيث عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
اجتنبوا السبع الموبقات قالوا يا رسول الله : وما هن قال الشرك باالله والسحر وقتل
النفس التي حرم الله إلا بالحق وأكل مال اليتيم والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات
والمؤمنات الغافلات.
Terjemahan:Hendaklah
kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan,sahabat-sahabat bertanya.Apakah
ia wahai Rasullullah s.a.w? Jawab Baginda: Syirikkan Allah S.W.T.,melakukan
perbuatan sihir, membunuh diri, atau
jiwa yang dilarang oleh Allah
S.W.T. kecuali dengan cara yang sebenar,makan riba,makan harta anak yatim,lari
daripada medan peperangan dan menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang
baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya.
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
3.0)
JENIS-JENIS RIBA’
Menurut pendapat Imam
Syafi’i, riba yang terdapat dalam konteks jual beli terbahagi kepada tiga
jenis:
-Riba al-Fadlu
-Riba
Nasi’ah
-Riba
al-Yady
3.1)
RIBA’ AL-FADLU
3.1.1) MAKSUD
Riba al-Fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada satu
pihak dengan sebab penukaran.Riba al-Fadlu juga jual beli yang disertai
dengan tambahan dengan salah satu jenis barang yang sama jenis.Contoh:jual beli
sekilo gandum dibayar dengan sekilo setengah gandum.
Riba al-Fadlu juga
berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang, atau makanan
disamping ada pertambahan. Contohnya seseorang yang menjual emas kepada
seseorang hingga sesuatu tempoh tertentu dan dibayarnya dengan emas dan
tambahan perak.
Riba seperti ini berlaku
baik benda yang dijual beli sama jenis atau berlainan jenis.
3.1.2) PEMBENTUKAN RIBA’
AL-FADLU.
Riba
al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:
Ø Emas.
Ø Perak.
Ø Hintah
(biji gandum).
Ø Tamar.
Ø Garam.
Ø Gandum (tepung).
3.1.3) PENGHARAMAN
RIBA’ AL-FADLU
Ia diharamkan dengan berdasarkan Hadith
dan Qiyas. Antara dalil Hadith ialah:
حدثنا
أبو بكر بن أبي شيبة وعمرو الناقد وإسحق بن إبراهيم واللفظ لإبن أبي قال إسحق
أخبرنا وقال الآخران حدثنا وكيع حدثنا سفيان عن خالد الحذاء عن أبي قلابه عن أبي
الأشعث عن عبادة بن الصامت قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الذهب بالذهب
والفضة بالفضة والبرّ بالبرّ والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا
بمثل سواء بسواء يدا بيد فإذ ا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا
بيدٍ.
Ø Maksudnya:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,barli dengan
barli,tamar dengan tamar dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai.
Apabila berlainan jenis pula bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai.
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Ø حدثنا أبو كريب وواصل بن عبد الأعلى قال
حدثنا ابن فضيل عن أبيه عن ابن أبي نعم عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم الذهب بالذهب وزنا بوزن مثلا بمثل فمن زاد أو استزاد فهو ربا .
Ø Maksudnya:
Emas dengan emas,perak dengan perak,gandum dengan gandum,garam dengan garam,
serupa dengan yang serupa, sesiapa yang menambah atau mengurangkannya,maka ia
telah melakukan riba, orang yang memberi dan mengambil riba adalah sama
dosanya.
(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Walaupun
riba al-Fadlu selalunya terjadi dengan
enam jenis barang seperti yang tersebut tadi, namun dalam keadaan lain ia boleh
dikiaskan dengan perkara berikut :
·
beras
·
gula
·
dan
lain-lain
Oleh
itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang sama
jenisnya,seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:
(a) Hendaklah sama sukatan dan
timbangan keduanya.
(b) Dengan tunai.
(c) Terima dalam majlis akad.
Barangan
jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum dengan barli tidak
boleh dijual dengan dua syarat:
i. Dengan harga tunai.
ii. Terima dalam majlis akad.
3.2) RIBA’ AN-NASI’AH
3.2.1) MAKSUD:
Riba
al-Nasi’ah ialah pertambahan dengan sebab lambat membayar atau penangguhan
bayaran hutang atau pinjaman.Oleh itu riba ini ialah pertambahan benda dengan
sebab hutang.
Riba
al-Nasi’ah di sisi Imam Hanafi ialah
jual beli dengan sesuatu tempoh, iaitu apabila sampai tempoh yang dijanjikan
ada pertambahan barangan atau nilai. Iaitu riba yang dibayar lebih kerana
dilambatkan pembayaranya atau sampai tempoh mestilah bayar lebih, tetapi
sekiranya tidak cukup tempohnya tidak payah bayar lebih. Dalam konteks semasa
ia sama dengan pinjaman dengan faedah.
3.2.2) PENGHARAMAN RIBA’ AN-NASI’AH.
Riba al-Nasi’ah diharamkan berdasarkan firman Allah
S.W.T. iaitu :
úïÏ%©!$# tbqè=à2ù't (#4qt/Ìh9$#
w tbqãBqà)t
wÎ) $yJx. ãPqà)t Ï%©!$# çmäܬ6ytFt
ß`»sÜø¤±9$# z`ÏB
Äb§yJø9$#
4 y7Ï9ºs öNßg¯Rr'Î/
(#þqä9$s%
$yJ¯RÎ)
ßìøt7ø9$# ã@÷WÏB
(#4qt/Ìh9$# 3 ¨@ymr&ur
ª!$# yìøt7ø9$#
tP§ymur (#4qt/Ìh9$#
4 `yJsù ¼çnuä!%y` ×psàÏãöqtB
`ÏiB ¾ÏmÎn/§
4ygtFR$$sù
¼ã&s#sù
$tB
y#n=y ÿ¼çnãøBr&ur
n<Î)
«!$# ( ïÆtBur
y$tã
y7Í´¯»s9'ré'sù Ü=»ysô¹r& Í$¨Z9$#
( öNèd
$pkÏù crà$Î#»yz
ÇËÐÎÈ
Maksudnya: Orang-orang yang memakan
(mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
orang yang dirasuk syaitan dengan
terhoyong-hayang kerana sentuhan
syaitan itu.Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa
sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”.Padahal Allah S.W.T
tela menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang
telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti
(dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya,
dan perkaranya terserlah kepada Allah S.W.T .Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di
dalamnya.
(Surah
al-Baqarah 2:275)
3.3) RIBA’ AL-YADY
3.3.1) MAKSUD
Riba
al-Yady iaitu riba yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam masa akad dan
perjanjian itu.Riba al-yady juga ialah jual beli dengan tambahan tetapi dengan
jenis yang lain, seperti jual beli dengan tambahan tetapi dengan jenis lain,
seperti jual beli gandum dibayar dengan barli.Tidak terdapat tempoh pembayaran.
Dalam
erti kata lain, riba al-yady ialah jual beli dengan penangguhan barang atau
tidak disebut bilakah akan diserahkan barangan itu. Seperti seseorang yang
menjual gandum dengan bijirin. Menurut pendapat Imam Hanafi, riba al-yady
adalah sama dengan riba al-nasi’ah.
Iaitu pertambahan lain, atau benda dengan sebab hutang.
3.3.2) PENGHARAMAN RIBA’ AL-YADY
Islam
mengharamkan riba al-Yady dengan berdasarkan dalil tertentu, antaranya ialah:
dalil Hadith mengenai pengharamnya sebagaimana sabda Rasullah s.a.w. yang
bermaksud:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل يدا بيد فمن زاد أو استزاد فقد أربى الآخذ والمعطي فيه سواء
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل يدا بيد فمن زاد أو استزاد فقد أربى الآخذ والمعطي فيه سواء
Maksudnya:
Pertukaran emas dengan emas adalah riba kecuali saling memberi di majlis akad,
gandum dengan gandum adalah riba kecuali ambil dan menerima di masa akad,
sya’ir dengan sya’ir adalah riba kecuali diberi dan menerima di masa akad, tamar dengan tamar adalah riba
kecuali diberi dan diterima semasa akad.
(Riwayat Umar r.a)
4.0) HIKMAH PENGHARAMAN RIBA’
·
Merosakkan
perhubungan antara manusia.
·
Orang
makan riba akan merasakan kesenangan dan mendorong mereka tidak membuat
sebarang pekerjaan.
·
Menindas
orang yang sememangnya sudah terdesak lagi memerlukan.
·
Islam
menggalakkan umatnya memberi hutang yang baik dan akan mendapat pahala,
bukannya melalui riba.
·
Mengikis
perasaan ihsan dalam diri dan menyebabkan permusuhan antara individu lain.
5.0) KESAN RIBA’ KEPADA AMALAN MASYARAKAT
ISLAM.
Seperti
mana yg kita semua sedia maklum, islam mengharamkan riba dan menyatakan riba
sebagai kejahatan terbesar dan dosa terberat yang dilakukan oleh manusia.
Rasulullah S.A.W. juga melaknat setiap orang yang terlibat dalam riba ini.
Namun,
terdapat beberapa kesan buruk terhadap orang yang mengamalkan riba’.
a)
Dari segi akal
Riba
tumbuh di dalam diri manusia ini akan menjadikan akhlak manusia itu rosak dan
mereka akan mempunyai sifat, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sikap ini akan
menghilangkan semangat pengorbanan dan erti kasih untuk menjaga kebajikan dalam
masyarakat.
b)
Dari masyarakat
Amalan
riba ini akan menjadikan pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan
berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Ia
juga merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi
hutang akan bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan
tertekan. Ini akan merosakkan hubungan dalam hidup bermasyarakat. Selain itu,
amalan riba boleh menyebabkan kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan
mengasihani antara satu sama lain akan hilang antara orang miskin dan orang
kaya. Konflik ini boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan peminjam
seperti rompakan, pembunuhan dan lain- lain. Ini boleh mengganggu gugat
kestabilan masyarakat secara keseluruhan.
c)
Dari segi ekonomi
Riba
yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, menyebabkan kekurangan pekerjaan
dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan
inflasi. Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua
risiko ke atas bahu peminjam. Kita bimbang denga berlakunya riba dalam negara
akan menyebabkan keretakan institusi keluarga, meningkatnya jenayah,
bertambahnya kes bunuh diri, menjual maruah diri, penindasan, keruntuhan moral
dan sebagainya. Justeru, semua pihak
diseru agar menyediakan perancangan kewangan yang baik untuk menjauhi budaya
berhutang dan riba’, bagi mengelakkan kehancuran masa depan individu,
masyarakat dan negara.
Apabila
al-Quran mengharamkan urusniaga yang melibatkan riba tujuannya adalah untuk
melindungi mereka yang tidak berkemampuan daripada mereka yang kaya yang mungkin
mengambil kesempatan daripada mereka. Pengharaman riba oleh Islam hendaklah
dilihat sebagai satu usaha untuk memperbaiki etika manusia bahawa semua manusia
mestilah dilayan dengan adil, bukannya sebagai halangan kepada perniagaan.
Oleh
itu, ingatlah bahawa orang yang terlibat dengan riba’ akan dicabut keberkatan
dalam hidupnya. Allah tidak menyukai setiap orang yang ingkar (yang
menghalalkan riba’) lagi banyak melakukan dosa”.
No comments:
Post a Comment