1.0 Fasakh
1.1 Pengertian Fasakh
Pengertian fasakh
dari segi bahasa ialah rosak atau putus.Manakala dari segi istilah
ialahpembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yangdibenarkan oleh syarak,
misalnya perkahwinan suami isteriyang difasakhkan oleh kadi disebabkan tidak
mampu memberi nafkah kepada isterinya.Selain itu, fasakh juga bererti memutuskan
pernikahan.
1.2 Sebab-sebab
berlakunya Fasakh
Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri
boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan suami telah
mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkahuntuknya selama tiga
bulan.Selain itu, suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan
hukuman itutelah menjadi muktamat.Isteri juga boleh memohon fasakh sekiranya suami tidak menjalankan
kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suamiterhadap isterinya selama satu
tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
Di samping itu, suami yang telah mati pucuk pada masa
berkahwin dan terus-menerus begitu juga boleh difasakhkan oleh isteri sekiranya
isterinya terseksa. Lebihan itu juga, suami gila atau mengidap penyakit merana
yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan
sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
Sebab-sebab ini haruslah dinyatakan oleh
isteri sebelum menuntut fasakh melalui kadi dan penyelewengan dalam kenyataan
adalah salah di sisi agama.
1.3 Tujuan Fasakh
Fasakh adalah
bertujuan untuk memelihara hak-hak wanita daripada ditindas oleh kaum lelaki.Selain
itu, fasakh juga dapat mengelak bahaya kemudaratan yang ditimpa oleh kaum
wanita yang telah berkahwin.Contohnya kemudaratan memohon nafkah zahir dan
batin dari suami yang sakit tenat dalam masa yang panjang.Fasakh juga dapat
memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah
dengan adanya sebab-sebab yang benar dan munasabah.
1.4 Cara
Melakukan Fasakh
Fasakh dapat
dijalankan dalam beberapa cara ataupun peringkat. Pertamanya, adalah suami atau
isteri mestilah mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh dan pihak mahkamah
harus mendengar penjelasan dari dua pihak iaitu suami dan isteri.
Selain itu, pihak
yang ingin menuntut fasakh haruslah membuat aduan kepada pihak kadi supaya
membatalkan perkahwinan mereka. Sekiranya perkara tersebut dapat dibuktikan dan pengaduan yang diberikan
adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan untuk membatalkan
perkahwinan. Pembatalan perkahwinan dengan fasakh tidak boleh dirujuk kembali
kecuali akad nikah yang semula kerana fasakh tidak termasuk dalam talak yang
boleh dirujuk.
1.6 Akibat
Fasakh
Fasakh adalah satu cara dalam penceraian
antara suami dan isteri. Pelbagai akibat yang kita boleh lihat di sini,
antaranya ia dapat memutuskan sama sekali tali perkhawinan antara
keduanya dan si suami tidak boleh merujuki isterinya pada waktu iddah kerana
fasakh termasuk dalam talak Bain Syughra. Selain itu, fasakh juga membolehkansi
suami mengahwini bekas isterinya itu jika dipersetujui dengan akad dan mas
kahwin yang baharu.Fasakh juga tidak mengurangi jumlah talak yang ada di tangan
suami.Ini bermakna suami masih ada hak yang sepenuhnya dalam jumlah talak.
2.0 Khulu’
2.1. Pengertian Khulu’
Khulu' bererti
tanggal atau putus.Yang mana pengertian Menurut syara' Khulu' adalah Penceraian
yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya
yakni tebusan sebagai ganti sekiranya si suami menerimanya.
Dalam kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga
membawa maksud "tebus talak", perkara ini berlaku disebabkan beberapa
hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya ataupun pekara-pekara
yang menyebabkan isteri membenci suaminya.
2.2. Dalil
yang menunjukan khulu’
229. talak (yang
boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan)
memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil
balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri
Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat
menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa
kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah
mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri
untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah
aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang
melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.(Al-baqaroh)
2.2.1 Hadith menunjukan khulu’
Dari Ibnu Abbas
R.A. Meriwayatkan yang bermaksud:
Isteri Thabit bin
Qais bin Syammas datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata ; “ ya
Rasulullah! aku tidak membenci Tsabit dalam agama dan akhlaknya. Aku tidak mahu
mengingkari ajaran Islam”. Maka Rasulullah S.A.W. bersabda : “Mahukah engkau
mengembalikan kebunnya?”. Jawabnya:Ya!,
maka ia mengembalikan kepadanya dan Rasulullah S.A.W. Bersabda kepada thabit: terimalah kebunmu
itu dan cerailah dia satu talak.”
[Hadith
Riwayat Al-Bukhari,An- Nasai
Daripada dalil
dan hadith menerangkan bahawa kaum isteri boleh meminta talak dari suaminya
namun para isteri haruslah mengembalikan (kebun) mas khawin ataupun tebusan
yang dipersetujui oleh suami dan suami menerima (kebun) yang dikembalikan oleh
isterinya.
2.3. Hukum berlakunya khulu’
Hukum yang
mensabitkan khulu’ berlaku bergantung kepada syarat-syarat yang berikut
·
Makruh. Ini merupakan
hukum asal khuluk. Dimana suami membenci isterinya kerana buruk akhlaknya dan
ia berupaya agar isteri menggugat cerai melalui khuluk , maka menurut para
ulama makruh bagi suami menuntut tebusan dari isteri.
·
Harus. Ertinya bahawa perceraian
melalui jalan khuluk oleh isteri dibolehkan dan tidak jatuh dosa bagi
pelakunya.Dengan ketentuan bahawa isteri sangat membenci suaminya, dan
dikhawatirkan isteri tidak dapat menunaikan hak suaminya sebagaimana yang
diperintahkan Allah Swt.
·
Haram. Hal ini dapat
terjadi dari dua pihak.Pertama dari pihak suami.Dimana suami sengaja
menyusahkan isteri dan tidak mahu berkomunikasi dengan isteri, sengaja tidak
memberikan hak-hak isteri, dengan tujuan agar isteri merasa tertekan seolah
seperti dizalimi yang akhirnya isteri tidak tahan dan menggugat suami melalui
tebusan/iwadh.Dan apabila suami menceraikan isteri, maka suami tidak berhak
mengambil tersebut.Kecuali isteri melakukan perbuatan keji seperti berzina atau
melakukan perbuatan maksiat maka suami dapat membuat suatu kondisi yang
menyusahkan isteri agar membayar tebusan melalui jalan khuluk.
·
Sunnat. Apabila suami berlaku Mufarrith
(meremehkan) hak-hak Allah, seperti suami meremehkan solat, puasa dan
meremehkan ajaran ajaran agama, maka disunatkan isteri menggugat cerai suami
melalui jalan khuluk.Dalam hukum ini, sangat perlu dijalankan sekiranya
tindakan suami melampaui batas dalam hukum Allah.
·
Wajib. Dimana suami memiliki keyakinan
atau perbuatan yang dapat mempengaruhi aqidah isteri keluar dari Islam.
Sementara Isteri tidak mampu membuktikan perbuatan suami tersebut di depan
Pengadilan. Atau isteri mampu membuktikan keyakinan dan perbuatan suami di atas
tetapi pengadilan belum menetapkan suami murtad sehingga tidak disahkan
bercerai, maka dalam keadaan demikian wajib bagi isteri menggugat melalui jalan
khuluk, kerana seorang muslimah tidak selayaknya menjadi isteri dari suami yang
memiliki keyakinan dan perbuatan kufur.
2.4. Rukun dan Syarat Khulu’.
Rukun dan syarat khulu’ terbahagi kepada lima
bahagian. Antara rukun dan syarat khulu’ ialah pertamanya, Al-Mujib yakni
suami. Tidak terjadi khulu’ tanpa adanya suami.Seterusnya, Al-Qabil yakni
isteri.Tidak terjadinya khulu’ sekiranya tiada isteri dan suami. Selain itu, Mua’wad iaitu
tebusan yang dimiliki oleh isteri untuk diberikan kepada suami sekiranya
tebusan dipersetujui oleh suami maka khulu’ akan berlaku manakala sebaliknya
khulu tidak akan terlaksana.‘Iwadh juga termasuk dalam rukun dan syarat khulu’
iaitu bayaran ganti yang diambil oleh suami daripada isteri sebagai tebusannya
dalam menuntut khulu’.Suami menerima tebusan daripada isteri sepertimana dalam
persetujuan yang telah dipersetujuhi oleh kedua-dua pihak.Dan yang terakhir
adalah shighah.
2.5. Akibat sekiranya berlaku khulu’
Kesan sekiranya
berlaku khulu’ terbahagi kepada tiga bahagian. Antara bahagian tersebut :
Khuluk tidak
dianggap dalam hitungan talak. Bila seseorang telah melakukan khuluk padahal ia
telah melakukan dua kali talak , maka masih dibolehkan menikahi isterinya
tersebut, walaupun khuluk terjadi lebih dari satu kali. Maksud di sini khulu’
tidak jatuh talak sekiranya berlaku khulu’ lebih daripada dua kali.
Isteri yang
melakukan khuluk hanya mempunyai masa iddah satu kali sahaja.
Khuluk dibolehkan
pada bila-bila masa, walaupun isteri dalam keadaan haid atau suci yang telah
digauli, kerana khuluk disyariatkan untuk menghilangkan kemudhratan yang
menimpa wanita, hal ini kerana faktor buruknya pergaulan suami, atau isteri
tinggal dengan suami yang dibencinya atau tidak disukainya. Maka wajarlah bila
khuluk tidak mempertimbangkan keadaan isteri
3.0 Kesan
fasakh dan khulu kepada masyarakat
Pada masa kini, hidup masyarakat lebih
inginkan kehidupan yang mewah dan senang lenang, namun masyarakat tidak
menyedari bahawa kehidupan sedemikian cenderung membawa kepada perkara kurang
baik terutama kepada keluarga.Dengan kehidupan yang demikian, tangungjawab
terhadap keluarga sering kali diabaikan bahkan pada masa kini kes-kes seperti
penceraian sering berlaku samada suami tidak suka dengan sikap isterinya atau
pun isteri tidak menyukai sikap suaminya.Oleh itu, terdapat pelbagai kesan yang
berlaku kepada masyarakat terutamanya penceraian yang berlaku akibat fasak dan
khulu’.
Antara kesan fasak dan khulu’ kepada masyarakat adalah masyarakat akan
lebih cenderung dalam memilih pasangan hidup mereka sebelum mereka menjalinkan
ikatan perkhawinan terutama pada isteri yang bakal mencari pasangan
hidupnya(suami).selain itu, kesan fasakh dan khulu’ juga dapat mengurangkan
kes-kes penderaan suami terhadap isteri. Hal ini kerana, perbuatan menzalimi
isteri tidak diajar dalam islam dan kes-kes kezalimam yang berlaku pada masa
kini sangat berleluasa.
Di samping itu, fasakh dan khulu’ juga
boleh menjadikan sesebuah masyarakat itu terhindar dari bahaya kemudharatan
seperti seorang suami yang terlibat dengan gejala dadah dan rokok. Dalam hal
ini, seorang isteri berhak untuk menuntut fasakh kerana kebimbangan akan
kemudharatan kepada diri dan anak-anaknya. Lebihan itu, fasakh dan khulu’ dapat
membuktikan kepada masyarakat kita bahawa islam telah menggariskan hukum-hukum
dan kelonggaran kepada para isteri yang mempunyai masalah-masalah yang boleh
membolehkan mereka untuk menuntut hukum-hukum dari Allah S.W.T ini.
Justeru itu, kita sebagai manusia haruslah mengamalkan ajaran agama
dalam kehidupan kita, bukan sahaja dalam ilmu munakahat, bahkan ilmu-ilmu lain
seperti ilmu perniagaan, ilmu akidah dan juga ilmu undang-undang.
perempuan yang dicerai melalui fasakh dan khuluk ada nafkah tak?
ReplyDeleteSaya telah berkahwin dengan saudara baru.. sudah masuk 5 thn 5 bulan usia perkahwinan kami. Suami saya masih enggan mengikut ajaran islam... setiap tahun baru cina dia akan mengikut amalan agama lamanya iaitu menyembah tokong sambil memegang colok. Masih memakan daging khinzir... bagaimana dengan status perkahwinan saya? Adakah dia telah jatuh murtad... sekiranya benar, apa yang harus saya lakukan... saya keliru.. harap dapat membantu saya. Haruskah saya menuntut fasakh atau khuluk? Saya enggan disentuh dia lagi... Bantulah saya...
ReplyDeletePuan, better pegi jumpa qadi @ hakim mahkamah untuk mengadukan masalah puan. InsyaAllah mereka akan bantu. Cuma masalah prosedur fasakh lebih rumit daripada khulu'. Adukan mereka tolong
DeleteAssalamualaikum..antara faksah dn khulu..yg mane lbih afdal dlm mslh saya..suami abaikan nafkah.tidak bekerja,mpunyai msalah mental dn saya sering dimaki hamun shingga saya jdi tertekan..yg mana satu sesuai utk saya?
ReplyDeleteMinta izin untuk dijadikan sebagai sumber bahan.
ReplyDeleteTempoh iddah 3 bulan kn.. Sya brcerai talak tebus, slepas tmat iddah 3 bulan bleh kwen blik ka dgn bkas suami atau kna tnggu tempoh lgi ke mcm mna yee?
ReplyDelete