8. Muamalat dalam Islam


Pengertian Muamalat

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya.Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T :
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15)


Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam lah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

Tujuan Muamalat


1.         Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya.
2.         Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
3)         Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal.
  
Peranan Muamalat

1.    Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
2.    Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
3.    Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
4.    Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t.
5.    Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
6.    Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat dan negara.
7.    Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong –menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.
8.    Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t


Fadhilat Muamalat

1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.
3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.
4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar.
(Surah Al-Hadid Ayat 7 )
5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia .
6. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
7. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam termasuklah :
a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.


Perkara Berhubung Muamalat

MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)

Iaitu menyebutkan harga modal barang-barang yang dibeli kepada orang yang akan membeli dengan memberi syarat,supaya barang itu diberi untung.
Contoh : Umpamanya seseorang berkata : "Barangku ini aku beli berharga RM100,sekarang berilah aku keuntungan 10%" lalu diterima oleh orang yang akan membeli .
-Maka penjual diatas mendapat untung RM10 dari modal belian beharga RM100.

·         WADI’AH (SIMPANAN)

Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang supaya barang itu dijaga dengna baik. Jadi barang Wadiah itu beerti barang amanat yang harus dikembalikan kepada orang yang empunya,bila ia datang meminta.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruhmu,supaya amanat itu diserahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang empunya)".
(Surah An-nisa' ayat 58)

BAI’USSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG)

Perkataan Salam itu asal maknanya serah atau tangguh, maksudnya disini iaitu menjual sesuatu barang yang disifatkan kepada tanggungan seseorang yakni jual secara pesanan atau order(memesan barang).
Contoh : Umpamanya Zaid berkata kepada si Ali :"Buatkanlah saya satu seluar dari kain woll yang berwarna kuning muda,ukurannya 105cm panjang,70cm pinggang,25.5cm besar kaki,43cm lebar pinggul,kocek belakang satu dan sebagainya dengan harga RM100.



·         AL-IJARAH (UPAHAN)

Menurut istilah Bahasa Arab,kalimah Ijarah merujuk kepada bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya.
Contoh : Ahmad datang membawa sepotong kain kepada seorang tukang jahit untuk dibuat seluar,tukang jahit itu menjamin dalam pengakuannya,bahawa seluar tersebut akan selesai tempoh 3 hari. Setelah sampai waktunya,si Ahmad datang mengambil seluarnya dan menyerahkan wang sebanyak RM 50 kepada tukang jahit itu.
Firman Allah s.w.t :
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: Salah seorang diantara perempuan yang berdua itu berkata:"Wahai ayahku ambillah dia menjadi orang upahan(mengembala kambing kita),sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa)"aku hendak mengahwinkan dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini,dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun,dalam pada itu jika engkau genapkan menjadi 10 tahun,maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu,engkau akan dapati aku insyaallah,dari orang-orang yang baik layanannya".
(Surah Al-Qasas ayat 26-27)

AR-RAHNU (PAJAK GADAI)

Menjadikan harta benda sebagai jaminan atas hutang iaitu maksudnya menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.
Firman Allah s.w.t :
وَإِنْ كُنْتُمْ عَلَى سَفَرٍ وَلَمْ تَجِدُوا كَاتِبًا فَرِهَانٌ مَقْبُوضَةٌ فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Maksudnya   :           “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tidak kamu peroleh orang yang akan menuliskannya maka boleh diserahkan saja jaminan yang dapat dipegang".
(Surah Al-Baqarah ayat 283)

·         AL-WAKALAH (BERWAKIL)

Ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu urusannya kepada orang lain pada apa yang boleh diwakilkan menurut syarak,agar orang yang diwakilkan itu dapat melakukan sesuatu yang diserahkan kepadanya Selagi yang menyerahkan itu masih hidup.
Al-Wakalah ini lebih berhubung dengan muamalat & munakahat seperti bab jual-beli dan bab perkahwinan dan lain-lain. Tidak sah mewakilkan sembahyang,puasa dan lain-lain hal yang bersangkut-paut dengan ibadah kecuali ibadah haji & umrah(kedua-duanya boleh diwakilkan),sebab ibadah itu adalah perhubungan manusia dengan tuhannya.
Firman Allah s.w.t :
وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا
Maksudnya   :           "Maka kirimlah(utuslah) seorang hakim dari keluarga yang laki-laki dan seorang hakim dari keluarga perempuan,jika kedua-duan orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan".
(Surah An-Nisa' ayat 35)

·         AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG)

Pada bahasa ialah musafir untuk berniaga.
Mudharabah juga dikenali dengan nama qiradh iaitu potong,kerana orang yang memiliki harta memotong sebahagian hartanya untuk diniagakan dengan harta itu.
Mudharabah juga dikenali sebagai Mu'amalah yang dimaksudkan disini ialah aqad perjanjian yang dibuat oleh dua pihak :

Pihak pertama:
Memberi sejumlah wang kepada pihak kedua supaya berniaga,dengan syarat keuntungan dibahagikan antara keduanya mengikut persetujuan sebagaimana yang dijanjikan seperti 1/2,1/3 dan seterusnya.

Pihak kedua :
Berusaha atau berniaga dengan modal yang diberikan oleh pihak pertama mengikut segala syarat yang dipersetujui kedua pihak.

AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT/JANJI)

Ialah hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih daripada hutang tetapi memberi saguhati kepada tuan punya hutang semasa membayar,bukan kerana syarat atau janji.
Contoh 1 :
Seorang berhutang daripada seorang lain tanpa syarat atau janji sebarang bayaran lebih atau manfaat, semasa akad atau di luar akad atau sebelum hutang itu di jelaskan tetapi apabila menjelaskan hutangnya orang yang berhutang itu memberi saguhati atau hadiah kepada tuan punya hutang.
Contoh 2 :
Ali membayar hutangnya kepada Abu sebanyak RM50 beserta RM3 berupa saguhati.

AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN HARGA TANGGUH)

Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
Contohnya :
Umpamanya kerusi antik, harga tunai RM2000, jika tangguh RM2200.

13. Ta'zir




1.0 PENGENALAN
           
            Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap(syumul) yang meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah.
       Jenayah bererti melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT  atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.  Menurut ulama fuqaha pula ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
            Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.
Hukum jenayah telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut para ulama’ fuqaha. Iaitu :
            1- Hukum hudud
            2- Hukum Qisas
            3- Hukum Takzir

2.0 PENGERTIAN TAKZIR

             Takzir dari aspek bahasa berasal daripada kata kerja ‘azara yang bermaksud menolak  atau menghalang.Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
            Pendapat Ibnu Qayyim para ulama telah sepakat bahawa hukuman takzir berlaku dalam tiap-tiap kejahatan yang tidak ada had (hukuman ) menurut besar atau kecilnya kejahatan dan menurut sifat orang yang bersalah atau tidak.
            Sarakhsi pula berpendapat hukuman menurut budi bicara yang patut dikenakan apabila berlaku pencabulan terhadap Allah, atau terhadap orang perseorangan yang hukumannya tidak ditetapkan dan tiada penebusan dosa (kaffarah).



3.0 TAKZIR DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

            Perkataan Takzir tidak pernah dinyatakan didalam Al-quran dan As-sunnah.Namun didalam Al-quran terdapat beberapa jenis kesalahan yang tidak ada hukuman yang ditetapkan baginya dan diserahkan kepada hakim atau pemerintah untuk menghukumnya kepada yang melakukan jenayah.
Contoh :
            1-Hukum takzir didalam Alquran
            Èb#s%©!$#ur $ygÏY»uŠÏ?ù'tƒ öNà6ZÏB $yJèdrèŒ$t«sù ( cÎ*sù $t/$s? $ysn=ô¹r&ur (#qàÊ̍ôãr'sù !$yJßg÷Ytã 3 ¨bÎ) ©!$# tb$Ÿ2 $\/#§qs? $¸JÏm§ ÇÊÏÈ  
16. dan (mana-mana) dua orang di antara kamu Yang melakukan perbuatan Yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana Sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya. (An-Nisa : 16)
*      Ayat ini menerangkan mengenai 2 orang lelaki yang melakukan hemoseksual.Penetapan hukumnya tidak  secara khusus dan tidak dinyatakan cara dilaksanakan hukumannya.Maka hakim atau pemerintah perlukan meletakkan hukuman bagi kesalahan hemokseksual.
            2- Hukum takzir didalam As-sunnah
Rasulullah s.a.w pernah menjatuhkn takzir kepada Abu Zar r.a dengan sabdanya,
لاَ يُجلَدُ أَحَدٌ فَوقَ عَشَرَةِ أَسوَاطٍ إِلاَّ فِى حَدٍّ مِن حُدُودِ اللَّهِ تَعَالَى

“Sesungguhnya engkau adalah seorang yang terdapat dalam dirimu ciri-ciri jahiliah.” (Diriwayatkn oleh Muslim dan At-Tirmizi).
Rasulullah s.a.w juga bersabda ,

قُولُوا لِمَن بَاعَ وَاشتَرَى فِى المَسجِدِ لاَ أَربَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

“Katakankn kepada orang yang menjual dan membeli di masjid,”Mudah-mudahan Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaanmu.” (Diriwayatkan oleh Al-haithani dalam Majma’ Az-Zawaid).

Terdapat orang yang memgumumkan barangnya yang hilang di masjid, Rasulullah s.a.w  bersabda:

لاَ رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ المَسَاجِدَ لَم تُبنَ لِهَذَا

“Semoga ALLAH tidak akan mengembalikan barangmu kerana sesungguhnya masjid tidak dibina untuk tujuan itu.(Diriwayatkn dalam Kanzul Ummal).
HUKUMAN TAKZIR YANG DILAKUKAN OLEH RASULALLAH
- Rasulullah juga memerintahkan sekatan terhadap tiga orang sahabat yang tidak menyertai jihad tanpa uzur syar’i dengan cukup dengan sekatan tersebut.
- Baginda pernah memerintahkan orang lelaki yang berpelilaku seperti wanita menjauhkan diri dari madinah.
- Baginda pernah memenjarakan seorang lelaki selama sehari semalam kerana kes tuduhan.
- Baginda pernah menaikkan nilai denda terhadap orang yang mengambil buah kurma dari pokok sebagai stok makanan….ia merupakan beberapa bentuk takzir yang lain yang pernah rasulullah s.a.w laksanakan.Ini bermaksud untuk mendidik serta memberikan pengajaran kepada kaum muslimin. 


4.0  KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TAKZIR.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori hukuman takzir ialah sebagaimana berikut:
  1. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas npada pesalah laku.
  2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
  3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
  
5.0 JENIS-JENIS HUKUMAN TAKZIR

5.1 - Nasihat (al-Wa’z)           : Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi yang pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi kesalahan  pada masa akan datang.
5.2 – Teguran (al-Tawbikh )   : Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.
5.3 -  Ancaman ( al- Tahdid ) : Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi             kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
5.4 - Pemulauan  ( al- Hajr )   : Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
5.5 - Pengisytiharan umum ( al-Tasyhir ) : Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.
5.6 - Denda dan merampas harta ( al-Gharamah wal-Musadarah ) : Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.
5.7 - Sebat (al-Jald) :  Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.
5.8 - Penjara ( al-Habs ) : Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.
5.9 - Buang daerah :  Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga.
5.10 - Bunuh (  al-Ta’zir bil-Qatl ) : Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai



6.0 Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Takzir

6.1 Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
6.2 Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
6.3 Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat. 
7.0 Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat

7.1 Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

7.2 Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.

7.3 Hukuman jenayah Islam men­gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat. 

8.0 KESAN PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT

8.1 Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum jenayah berlaku.
8.2 Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
8.3 Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
8.4 Mencegah manusia daripada melakukan segala bentuk jenayah, sekali gus memelihara kehormatan diri dan menjaga kemaslahatan masyarakat, selain mendidik pesalah dan masyarakat umum.